FERRERO ROCHER CAKE POP
Salam my
kesayangan…
Bersua
kembali
Dah lama
QH tak kongsikan resepi kek…mesti ada yang rindukan…euwwww perasan…heee
Sekarang
ni QH dah jarang baking berbanding dahulu…sewaktu aktif di blog dahulu memang QH
kerap membaking…sekarang ni QH banyak memasak pula…jika membaking apabila
mendapat tempahan sahaja sekarang ni…maklum la sekarang ni dah kurang sikit nak
makan benda2 manis…heee
Resepi
kek ni sudah berkali QH kongsikan dan berkali2 juga QH buat…apabila ada
tempahan kek ni la yang QH akan gunakan untuk kek tempahan dari pelanggan…QH
suka tekstur kek ni yang gebus dan ianya tidak la berapa manis…
Untuk
buat cake pop ni lepas dihancurkan kek tersebut…QH gaulkan kek ni dengan buttercream
tambah Nutella…ternyata sedap dan gabungan yang mengena (yang ni agak2 sendiri
rasanya sebab QH main letak je ikut suka)…satukan kek yang telah dihancurkan tu
dengan buttercream…jangan letak terlalu banyak…cukup sekadar kek tu boleh dibentukkan…kemudian
letakkan ke dalam papercup…apabila sudah siap kesemuanya, simpan sebentar kek
ni ke dalam peti sejuk…lebih kurang 2 jam…bakar almond nibs dan cairkan coklat
masakan secara double boiler atau menggunakan microwave…satukan keduanya (yang
ni pon anggaran sahaja)…celupkan kek yang telah disejukkan tadi dan biarkan
sehingga coklat tersebut mengeras baru la dihidangkan…resepinya QH kongsikan di
bawah…
Resepi Chocolate Sponge Cake
Sumber Juwita@Juwita Faris and Family
(loyang kek 18cm/7 inci)
BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
(loyang kek 18cm/7 inci)
BAHAN A:
* 3 biji kuning telur
* 100 gram gula castor
* 120 gram tepung kek
* 50 ml minyak masak
* 1 sudu kecil esen vanila
* 1/2 sudu kecil baking powder
* 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
1. Campurkan semua Bahan A ke dalam mangkuk adunan.
2. Kacau rata menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
BAHAN B:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.
Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.
Cara-cara:
1. Satukan bahan B.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan B ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan
BAHAN C:
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.
Cara-cara:
1. Satukan bahan C.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan
* 30 gram serbuk koko Van Houtan
* 120 ml air panas.
Cara-cara:
1. Satukan bahan C.
2. Kacau sehingga serbuk koko hancur.
3. Masukkan Bahan C ke dalam mangkuk Bahan A dan kacau rata. Ketepikan
RESEPI KRIM MENTEGA SEDAP DAN TAK MUAK
Sumber AnnaQawina
Bahan2
150 gm gula icing (ayak)
150 gm lemak sayuran (shortening)
150 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu segar
Caranya
Satukan semua bahan dalam mixer, putar dari speed
perlahan hingga medium sahaja sehingga kembang, ini akan ambil masa sedikit
untuk mendapatkan icing yang gebu tapi halus teksturnya. InsyaAllah
BAHAN COKLAT
Coklat
masakan
Almond
nibs - dibakar
Caranya
Bakar almond
nibs dan ketepikan
cairkan
coklat masakan secara double boiler atau menggunakan microwave
satukan
keduanya dan gaul rata
Post a Comment