BALIK KAMPUNG BERSAMA PENSONIC!!!
Menangi hadiah bernilai RM200,000 dalam 'Balik Kampung
Bersama Pensonic'!
Nissan X Trail dan produk-produk Pensonic yang hebat mesti dimenangi dalam kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
Nissan X Trail dan produk-produk Pensonic yang hebat mesti dimenangi dalam kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
KUALA LUMPUR,
MALAYSIA - Pensonic telah
melancarkan Kempen ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ dengan lebih banyak ganjaran-ganjaran hebat sebagai
tanda terima kasih kepada para pengguna di atas sokongan mereka.
Kempen Chef’s Like Pensonic pada tahun-tahun sebelum
ini amat popular kerana ia seperti pesta bagi pengguna-pengguna produk
Pensonic. Terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti kelas memasak bersama Chef
Selebriti Dato Chef Haji (DCH) Ismail yang menyeronokkan, peraduan ‘Raya
Merdeka Bring Chef Home’, rancangan masakan ‘Chef Mail Masak Bersama Pensonic’
dan banyak peraduan ‘Tonton & Menang’. Musim ketiga rancangan ‘Chef Mail
Masak Bersama Pensonic’ Berjaya mencapai penonton lebih daripada 6.3 juta
walaupun ia disiarkan hanya di TV3.
Tahun ini, satu rancangan baru yang menarik, 'Balik Kampung
Bersama Pensonic' akan ke udara setiap Hari Isnin, jam 6.00 petang mulai 30
April 2018. Sertai pertandingan Beli, Tonton & Menang setiap minggu selepas
menyaksikan rancangan ini yang terdiri dari 8 episod untuk peluang memenangi
hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan
rumah Pensonic dari 1 April hingga 30 June 2018. Pengguna hanya perlu mengikuti
langkah-langkah peraduan seperti di bawah:
- Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke
atas dalam satu resit.
- 'Like' Facebook Pensonic & poster peraduan.
- 'Share' poster peraduan (tukar tetapan privasi
kepada Am).
- Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama
Pensonic’ di TV3.
- PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Para pengguna digalakkan untuk mengikuti (Follow) Facebook
Pensonic untuk mendapatkan informasi terkini mengenai peraduan ini.
Selain dari Hadiah Nissan X-Trail, Hadiah Istimewa termasuklah:
- Mesin Basuh Pensonic 8.5kg
- TV LED 43" Pensonic
- Pendingin Udara Pensonic4.
- Ketuhar 45L Pensonic
- Pengisar Nutri De Blender Pensonic
- Penyaman Udara
Jangan kemana-mana jika anda ingin mengetahui
senarai Hadiah-hadiah istimewa yang akan dipaparkan di Facebook Pensonic tidak
lama lagi.
Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari
peserta yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton &
Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas rancangan
‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3 setiap Hari Isnin jam 6.00 petang mulai
30 April 2018.
Rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ terdiri
daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah
80 pemenang bagi kesemua 8 episod. Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan
dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika anda telah
menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi
sebarang hadiah, jangan putus asa kerana anda masih berpeluang memenangi Hadiah
Utama Nissan X-Trail bernilai RM137,000.00!
Selain daripada peluang untuk memenangi hadiah-hadiah
utama, hadiah-hadiah mingguan dan mempelajari cara menyediakan resipi-resipi menyelerakan
yang akan ditunjukkan dalam rancangan ini, artis-artis tempatan bersama-sama
dengan Chef kegemaran anda Dato Chef Haji Ismail sudah tentu akan membuatkan
anda terpaku di hadapan kaca TV setiap Hari Isnin pada jam 6.00 petang.
Artis-artis tempatan ‘hot’ yang akan muncul dalam rancangan ini ialah Hafidz
Roshdi, Farah Nabilah, Fikry Ibrahim, Nadia Amira Othman, Ashraf Islam, Alif
Satar, Erwin Dawson, Nur Risteena Munim Binti Zainul Ilyas, Nur Ruhainies
Farehah Binti Zainul Ilyas, Ika Nabila binti Abdul Rahim dan YB Khairy
Jamaluddin Abu Bakar.
Kali ini, rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’
mengabdikan kenangan indah amalan tradisional ‘Balik Kampung’ di Hari Raya. DCH
Ismail akan ‘Balik Kampung’ bersama selebriti ke kampung masing-masing dan berbual
mengenai kenangan masa lalu. Kemudian, DCH Ismail dan selebriti akan memasak
makanan yang mereka gemari di Hari Raya.
"Tujuan produk-produk Pensonic wujud adalah
untuk para pengguna menikmati hidup dengan sepenuhnya dan membantu anda
meluangkan masa dengan mereka yang tersayang, terutamanya keluarga anda. Tiada perkara
yang lebih memuaskan hati daripada memasak hidangan-hidangan anda sendiri dan
berkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan anda. Oleh itu, kami berharap supaya anda
mempunyai pengalaman yang menyeronokkan apabila anda memasak untuk mereka yang
tersayang. Resipi-resipi DCH Ismail dalam rancangan 'Balik Kampung Bersama
Pensonic' dan Kelas-kelas Memasak 'Balik Kampung Bersama Pensonic', termasuk produk-produk
Pensonic, tentu akan membuat pengalaman memasak satu perkara yang
menyeronokkan", kata Pengarah Executive Kumpulan Pensonic, En.Nelson Chew.
Beliau menambah, "Tahun ini juga, kami
bekerjasama dengan peniaga-peniaga untuk mengadakan ‘Kelas-kelas Memasak Secara
Langsung’ (Live Cooking Classes) di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Lokasi
kelas-kelas memasak ini akan dipaparkan di Facebook Pensonic, oleh itu anda
dipersilakan supaya mengikuti (follow) kami di Facebook Pensonic untuk
mendapatkan informasi terkini. Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam
kelas memasak ini dapat membawa pulang hidangan lazat yang telah mereka
sediakan dalam kelas memasak, dan juga hadiah-hadiah bernilai RM450.00,
termasuk Periuk Serbaguna Pensonic!
Satu lagi berita menarik ialah peserta-peserta Kelas
Memasak juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah bernilai RM200,000.00 apabila
mereka menonton rancangan 'Balik Kampung Bersama Pensonic', dan menyertai peraduan
Beli, Tonton & Menang. Jadi, segera ke laman Facebook Pensonic untuk
mengetahui lebih lanjut!"
Pensonic, bersama-sama dengan DCH Ismail, inginkan
rakyat Malaysia menikmati hidangan-hidangan berkhasiat yang dimasak di rumah,
meluangkan masa kualiti bersama keluarga dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Resipi-resipi dalam rancangan kami mudah disediakan, menggunakan bahan-bahan
yang biasanya boleh didapati dalam kebanyakan rumahtangga di Malaysia. Keasyikkan
DCH Ismail, resipi-resipi yang sedap dan masakan yang dipermudahkan dengan menggunakan
produk-produk Pensonic, sudah pasti akan mendorong anda untuk memasak makanan ‘gourmet’
anda sendiri! Kami mengesyorkan supaya anda meluangkan sedikit masa menonton
rancangan masakan kami. Anda akan belajar bagaimana untuk memasak seperti
seorang ‘Chef’, serta berpeluang memenangi produk-produk Pensonic yang hebat
untuk kediaman anda dengan menyertai Peraduan Facebook Beli, Tonton & Menang
‘Balik Kampung Bersama Pensonic’.
Dengan produk Pensonic di rumah anda yang
membolehkan anda menikmati hidangan lazat yang mudah disediakan, bersedialah
untuk bergembira.
Mengenai
Pensonic
Kumpulan Syarikat Pensonic diasaskan
pada 1965 sebagai Keat Radio Co. Sdn. Bhd. Jenama Pensonic telah ditubuhkan pada
tahun 1982 setelah peniagaan syarikat bertambah maju. Kini, Pensonic merupakan
pengedar Peralatan Elektrikal Rumah yang terkemuka di Malaysia.
Dengan Pensonic sebagai jenama
terasnya, Kumpulan Pensonic juga mengedarkan produk peralatan rumah jenama-jenama
terkemuka seperti Lebensstil Kollektion, Cornell dari USA, Indesit dan Gaggia
dari Italy, dan Princess dari Holland.
Disahkan
ISO 9001-2000 sejak tahun 2002, Pensonic disokong oleh pelbagai kemudahan
perkilangan, gudang, bilik pameran dan pusat-pusat perkhidmatan pelanggan yang
lengkap, mempunyai rangkaian pengedaran domestik yang terdiri daripada 10
cawangan dengan lebih daripada 900 pengedar di seluruh negara, dan produk
Pensonic dieksport ke lebih daripada 30 buah negara di ASEAN dan Timur Tengah.
Anda dijemput melayari laman Facebook
Pensonic Malaysia Facebook page, laman sesawang Pensonic: https://www.pensonic.com/
atau menelefon Pensonic Careline: 1-800-881-770
untuk maklumat lanjut.
Terma & Syarat Peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung
Bersama Pensonic’ 2018
1. Setiap resit layak
untuk satu penyertaan sahaja. Jika lebih daripada satu penyertaan dikemukakan
menggunakan resit yang sama, hanya satu penyertaan akan dipertimbangkan.
2. Maklumat dalam Kad
Waranti hendaklah dilengkapkan dengan sepenuhnya.
3. Peserta yang
menyertai peraduan ini dan telah memenuhi syarat-syarat peraduan, layak ke
pusingan akhir dan berpeluang memenangi hadiah utama Nissan X-Trail.
4. 10 pemenang akan
dipilih bagi setiap episod peraduan Beli, Tonton & Menang ‘Balik Kampung
Bersama Pensonic’.
5. Pemenang untuk
hadiah utama iaitu Nissan X-Trail akan diumumkan melalui Live FB Streaming di
Facebook.
6. Peraduan ini terbuka
kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.
7. Peraduan ini tidak
terbuka untuk kakitangan atau keluarga kakitangan Pensonic Holdings (Pensonic).
8. Peraduan ini akan
diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Pensonic.
9. Semua penyertaan
mesti dihantar dalam tempoh peraduan yang ditetapkan.
10. Peserta mesti
mematuhi semua syarat-syarat penyertaan seperti yang dinyatakan.
11. Pemenang perlu
menghubungi Pensonic dalam tempoh 3 hari selepas pengumuman pemenang dibuat di
Facebook.
12. Kami akan berusaha
untuk menghubungi pemenang, tetapi jika pemenang tidak dapat dihubungi, atau
jika penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat peraduan, maka hadiah akan
terbatal dan tidak boleh dituntut.
13. Hadiah-hadiah tidak
boleh ditukar dengan wang tunai dan Pensonic berhak menukar hadiah yang
diumumkan dengan hadiah lain tanpa notis terlebih dahulu.
14. Pemenang hendaklah
menuntut hadiah dari pejabat Pensonic kerana gambar pemenang akan ditangkap
bagi tujuan rekod, melainkan diberitahu sebaliknya.
15. Hadiah boleh diambil
dari ibu pejabat Pensonic di Bukit Minyak atau dari Pejabat Pensonic Petaling
Jaya sahaja. Bayaran kurier akan dikenakan sekiranya pemenang ingin mendapatkan
hadiah selain dari dua pejabat yang dinyatakan.
16. Pensonic berhak
mencetak, mengedar dan menggunakan gambar-gambar dan bahan-bahan yang dihantar
dalam penyertaan sebagai kandungan berhubung (online), ‘on-ground’ atau bahan
cetakan yang lain.
17. Pemenang-pemenang
bersetuju untuk Pensonic menggunakan nama-nama dan gambar-gambar mereka dan
akan bekerjasama dengan sebarang permintaan yang munasabah oleh Pensonic bagi
tujuan pengiklanan atau media.
18. Pasukan Facebook
Pensonic berhak dengan budi bicara mutlaknya dan tanpa notis terlebih dahulu
untuk mengecualikan peserta dari penyertaan selanjutnya dalam peraduan.
19. Sebarang keputusan
adalah muktamad. Peserta bersetuju untuk mengikut keputusan Pensonic berkenaan
dengan sebarang aspek peraduan.
20. Pasukan Facebook
Pensonic berhak memantau, dan mengendalikan semua aktiviti peminat Facebook,
semasa dan selepas tempoh peraduan.
21. Pensonic berhak
menukar hadiah-hadiah, menukar Terma & Syarat Peraduan atau menghentikan
peraduan ini tanpa notis terlebih dahulu dan peserta akan terikat oleh
perubahan ini. Peserta bersetuju menyerahkan hak-hak mereka mengenai peraduan
ini dan tidak boleh mengambil tindakan terhadap Pensonic.
22. Peserta menyertai
peraduan atas risiko sendiri. Dengan membaca dan bersetuju dengan Terma &
Syarat ini, Perserta bersetuju untuk melepaskan pihak Penganjur, sekutu dan
agensinya , dan pekerja , pegawai, pengarah dan wakil-wakilnya dari apa-apa
kemalangan, kecederaan, tuntutan, kerugian atau kerosakan yang mungkin berlaku
akibat penyertaan dan aktiviti peraduan, melainkan kerosakan, kos atau
kemalangan disebabkan oleh kecuaian atau salah laku oleh mereka yang disebutkan
di atas.
23. Dengan menyertai
peraduan ini, anda bersetuju dengan terma & syarat di atas.
Post a Comment