KENTANG GORENG BERTELUR PEDAS
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Bertemu
lagi…
Hari
ni kongsi resepi simple dan sempoi aje…
Biase
la tu terkadang datang jugak mood malas nak memasak ni…nak makan tapi malas masak tu
perkara biase bagi QH…heeee
Sebenarnya
kentang tu dah lama QH beli siap yang ade nak tumbuh jadi pokok balik…hehehe…kunun
nak buat la karipap…tapi tu la dah ade depan mata…misi gagal la…macam tak berdaya
jer nak ke dapur…heee
Maka
jadi la salah satu lauk tengah hari…ehhh lauk camni la salah satu punca makan
bertambah tau…tak percaya sila cuba…nak dibuat ratah makan begitu saje pon
sedap la…yang QH masak ni sedikit pedas…biasa la QH ni kalau tak pedas macam
tak umphhhh la…senang je nak masak lauk ni…main campak2 jerk pastu siap la…ajommm
tengok resepi…
KENTANG GORENG BERTELUR
PEDAS
BAHAN2
5
biji kentang - buang kulit dan potong memanjang
2
biji telur ayam
10
- 15 biji cili padi - kisar kasar
1/3
lada capsicum hijau - hiris
2
biji bawang besar
Garam
dan gula secukup rasa
Minyak
untuk mengoreng
CARANYA
Kupas
kentang dan dibuang kulit. Potong memanjang. Bersihkan dan toskan airnya.
Panaskan
minyak ke dalam kuali dan goreng kentang tadi sehingga garing.
Angkat
dan toskan. Ketepikan.
Kurangkan
minyak tadi dan tumiskan bawang besar dan cili padi sehingga layu.
Masukkan
lada benggala dan kentang yang telah di goreng tadi. Gaul rata.
Kemudian
pecahkan telur dan gaul rata.
Tambahkan
gula dan garam secukup rasa. Matikan api. Siap untuk dihidang.
Post a Comment