SALTED EGG BUTTER CHICKEN
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Sudah
terfikir ker nak masak apa hari ni??
Resepi
dari QH kali ni sesuatu yang pasti menjadi kegemaran anak2…mak@ayah kepada anak
pon suka jugak tau…heeee…sebab jika tak dimakan bersama nasi…boleh juga diratah
begitu sahaja…lauk sebegini sedap di makan ketika panas2
Cara
memasak lauk ni sangat mudah…semudah ABC jer tau…sekejap jer dah siap…bahan
yang digunakan tersangat la mudah…yang paling penting telur masin…tu la bahan
utamanya…kalau tak suka ayam boleh digantikan dengan udang, sotong atau ketam…jika
suka pedas cili padi tu boleh ejas setakat mana tahap kepedasan masing2…kalau
nak kuah tu lagi creamy…air tu boleh digantikan dengan susu cair…
SALTED EGG BUTTER CHICKEN
BAHAN2
18 ketul ayam bahagian kepak
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1 sudu kecil serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih - kisar halus
1 inci halia - kisar halus
Garam secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng
CARANYA
Bersihkan ayam dan perapkan ayam
dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar (lebih kurang 30min).
Kemudian gaulkan pula dengan tepung
jagung dan tepung gandum. Renjis2kan dengan air. Gaulkan hingga semua ayam tadi
bersalut dengan tepung.
Sediakan kuali dan panaskan minyak
masak.
Gorengkan ayam tadi sehingga garing
dan kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Ketepikan.
BAHAN KUAH
3
biji telur masin - rebus dan hancurkan isinya
1/3
- 1/2 buku butter
10
biji cili padi - hiris
4
ulas bawang putih - cincang
3
tangkai daun kari
Gula
secukup rasa
Air
secukupnya
CARANYA
Panaskan
kuali dan masukkan butter. Apabila butter telah cair masukkan bawang putih,
daun kari dan cili padi. Tumis hingga naik bau.
Kemudian
masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi. Gaul rata.
Tambahkan
gula secukup rasa dan air secukupnya jika ingin berkuah.
Apabila
kuah agak pekat matikan api.
Curahkan
kuah tadi di atas ayam yang telah di goreng tadi.
Atau
boleh juga apabila kuah sudah berbuih masukkan ayam yang telah di goreng tadi
dan gaulkan sehingga rata. Matikan api.
Post a Comment