JUS STRAWBERI SUNQUICK
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Selamat datang February…dah masuk bulan kedua
2k18 kan…sekejapnya masa berjalan…bagaimana dengan impian…dah mula ke belum tu…QH
pon baru mula sikit2 ni…tunggu la sehingga pengakhirannya bagaimana…heee…
Ok la rasa macam dah lama pulak tidak menulis
di sini...bukan sengaja meninggalkan blog ni tetapi QH agak sibuk sedikit pada
minggu yang sudah…
Resepi kali ni sangat senang la…maklumla
kunun2 azam tahun ni nak mengecilkan badankan…jadi rajin la nak berjus bagai
macam ni…tak payah tengok resepi pon boleh buat…boleh letak ikut suka…sesuaikan
rasanya mengikut citarasa sendiri…nak tambah buah2 yang lain pon boleh tetapi
biar mengena la campuran tu…kalau mengarut sangat nanti akan rasa pelik dan
membazir pulakkan…
Campuran strawberi dan sunquick ni sangat
sedap…seharian QH minum jus ni…diminum sejuk tersangat la sedap ditambah pula
dari buah yang segar…tak percaya sila cuba…heee
JUS
STRAWBERI SUNQUICK
BAHAN2
Buah strawberi
Buah oren sunquick - di buang kulit
Ais batu
Gula pasir
Air secukupnya
CARANYA
Buah strawberi dan sunquick di potong dadu.
Masukkan semua bahan di atas mengikut
kesesuaian rasa ke dalam blender.
Kisar sehingga bahan semua hancur.
Sedia untuk di minum.
Post a Comment