IKAN KERISI MASAK ASAM JAWA
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Sementara
ada waktu dan kerajinan…kerap la QH mengupdate blog ni…heee…sebabnya masih
banyak lagi resepi2 yang terkumpul QH belum siarkan di sini…nanti QH akan
updatekan resepi2 tersebut satu persatu yer…QH ni takde la pandai sangat memasak…setakat
untuk mengalas perut tu lepas la…segala resepi yang ada di blog QH ni resepi
yang QH suka dan cuba dari kawan2 yang lain…ada resepi yang berulang dan mengikut
trend semasa…maklum la di zaman serba viral ni sudah tentu akan terjumpa resepi
yang sama dari blog lain dan hasilnya juga sudah tentu tidak sama kerana
airtangan setiap orang berbeza…pilihan di tangan kita untuk memilih mana yang rasanya
berkenan di hati…
Kali ni QH masak ikan yang paling QH suka iaitu ikan kerisi…semua patut tahu ikan ni QH sangat2 suka…sebab isinya yang manis dan lembut…isi ikan ni ade alurnya yang tersendiri…isinya bercorak cantik seperti bersisikkan…
Ok
la hasil dari carian google QH terjumpa resepi yang telah menambat hati iaitu
ikan kerisi masak asam jawa…pertama kali QH masak jenis begini…cubaan pertama
ni tidak menghampakan…sangat sedap…sumber resepi ni QH ambil dari blog Kak
Zalinah@Rempah Ratus…terima kasih kak sudi berkongsi resepi yang sedap ni pada
semua…QH kongsikan di sini pula yer…pada yang ingin mencuba silakan la yer…
IKAN KERISI MASAK ASAM JAWA
sumber
Zalinah@Rempah Ratus
BAHAN2
4 ekor ikan kerisi - dibersihkan
1 sudu teh serbuk lada hitam*
2 sudu makan tepung beras* - QH guna tepung jagung
1 sudu kecil kunyit*
Garam secukupnya*
-
semua bahan*
digaul bersama ikan
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
6 - 7 biji cilipadi* - QH letak 10 biji
-
semua bahan*
dicincang
2 sudu makan pes asam jawa (ADABI)
3/4 cawan air
4 sudu besar sos Thai
Gula secukupnya
Garam secukupnya
Daun ketumbar - dihiris
CARANYA
Ikan yang telah digaul bersama serbuk lada hitam, serbuk
kunyit, tepung dan garam digoreng garing. ketepikan.
Tumis bahan yang dicincang hingga wangi.
Masukkan pes asam jawa dan air. Masak hingga sebati.
Masukkan sos thai, gula dan garam secukupnya.
Tuang keatas ikan dan taburkan sedikit serbuk lada hitam dan daun ketumbar .
Sedia dihidang.
Tumis bahan yang dicincang hingga wangi.
Masukkan pes asam jawa dan air. Masak hingga sebati.
Masukkan sos thai, gula dan garam secukupnya.
Tuang keatas ikan dan taburkan sedikit serbuk lada hitam dan daun ketumbar .
Sedia dihidang.
Post a Comment