APAM MEKAR SUNQUICK BERI
Assalamualaikum dan
salam sejahtera semua…
Sesambil melayan
cerita Khabi Khushi Kabhie Gham malam tadi…sesambil itu juga la QH mengupdate
entri untuk hari ni…tapi lebih kepada tengok TV la…berjam2 nak menyiapkan entri
ni…heee…walaupon dh berulang tengok cerita tu tapi masih lagi mata ni tak mau
lepas dari melayan cerita tu sampai habis…tentu semua pon macam juga kan…berapa
kotak tisu habis malam tadi…hihihi
Ok la jom ke resepi
yang QH nak kongsikan untuk hari ni…
Akibat teringin nak makan QH buat la sikit apam mekar ni…QH buat separuh dari adunan asal tu…cukup la buat rasa2…lama juga QH tak buat apam mekar ni…tak silap kali terakhir QH buat 2-3 tahun lepas…haaa lama kan…resepi ni sudah banyak kali juga QH kongsi cuma ubah2 rasanya…boleh tengok di Label Apam tu untuk mengetahui lagi resepi apam mekar ni…
Cuma kali ni tidak
berapa mekar pulak sebabnya dah nak siap kukus baru QH terperasan yang apinya
QH tak bukak kuat…kalau tidak mahu lagi mekar setaman kuih apam mekar ni…nampaknya
kena buat lagi ni…heee…ok resepinya ada di bawah yer…
Bahan-bahan:
250 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanila
200 ml air kotak sunquick beri - 1 kotak kecil
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovalette
1/2 sudu kecil doubleaction baking powder - QH tambah
Pewarna makanan
Cara membuatnya:
1. Panaskan kukusan. Balut penutup kukusan dengan kain untuk
mengelakkan air jatuh ke atas bahan kukusan.
2. Pukul telur bersama gula kastor hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanila dan pukul. Kemudian masukkan ovalette
dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum dan air kotak sunquick beri berselang
seli sambil dipukul sehingga gebu.
5. Warnakan adunan mengikut warna pilihan masing-masing.
7. Masukkan adunan ke dalam piping beg. Sediakan cawan kertas
secukupnya.
8. Paipkan adunan tadi ke dalam cawan kertas. Kukus selama 15 -
20 minit.
Post a Comment