JERUK BUAH MATA KUCING
Assalamualaikum dan salam sejahtera
semua…
Memandangkan sekarang ni musim buah
dan kebetulan pula di kawasan rumah QH ada sebuah van yang menjual buah mata
kucing…ehhh bagai menarik2 lak kita pergi dekat dengan dia…sekali pandang buat2
tak heran…dua kali pandang ok lagi...masuk kali ketiga pandang tahu2 jer tetiba dah ada kat depan van tu…heeee
Mahunya tak geram tengok bila buah
mata kucing ni disusun elok jer…isinya pon manis…sebelum beli tu penjual tu
bagi la rasa sebiji…sedap pula bila lama tak makan…beli la sekilo sebab apabila
ditanya…dia ada jer di situ selagi musim buah tu ada…senang la bila2 jer boleh
beli…
Haaa akan tetapi setengah kilo buah
mata kucing ni QH terasa nak jerukkan la…sedap di makan sejuk2…tetapi awas
kalau tergigit cili padi tu tanggung la akibatnya sendiri…heee…berair mata…adoiii…senang je nak buat jeruk ni ikut jer resepi
yang QH kongsikan ni...resepi ni sekadar anggaran jer…kalau ada rasa nak tambah atau
kurangkan nanti boleh olah ikut citarasa ye…SELAMAT MENCUBA
JERUK BUAH MATA KUCING
Bahan2
1/2 kilo buah mata kucing - buang kulit dan buang biji
5-6 sudu gula
5 biji cili padi merah - tambah jika suka lagi pedas
10 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
Bahan2
1/2 kilo buah mata kucing - buang kulit dan buang biji
5-6 sudu gula
5 biji cili padi merah - tambah jika suka lagi pedas
10 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
2 biji limau nipis - hiris nipis
secubit garam
Caranya
Buah mata kucing dibuang kulit dan bijinya. Cuci dan toskan airnya.
Taburkan gula dan secubit garam. Gaul rata dan sebatikan.
Letakkan cili padi dan limau nipis yang telah dihiris. Kemudian gaulkan bersama dengan asam boi.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Post a Comment