Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Masak
apa tu hari ni??
Buntu
tak tahu nak masak apa…di sini ada jalan penyelesaiannya…heeee
Resepi
yang ingin QH kongsikan hari ni…pasti memukau selera semua…ada rasa manis2
nenasnya…ada rasa pedas2 cilinya…pendek cerita tersangat sedap…gabungan bahan2
yang sangat menarik…pada QH gabungan ni pertama kali QH rasa dan nampak…tak
tahu la kalau sebelum ni ada yang sudah pernah mencubanya…QH la yang
ketinggalan gamaknya…heee
Ohh
yeaa…kali ni ianya bukan la resepi belasahan dari QH…tetapi resepi dari kenalan
di FB…bila terpandang di FB terus jer QH terjatuh hati…apalagi dengan muka tak
malu terus minta resepi…nasib baik la empunya resepi tak kedekut terus dibaginya
kepada QH…Alhamdulillah terima kasih kak…sangat berbaloi la QH cuba resepi dari
akak ni dan tidak mengecewakan rasanya...kena dengan selera QH…kalau nak tahu resepi asalnya secara anggaran sahaja tetapi untuk
memudahkan semua QH sukat la…ada la sedikit olahan dari QH…ingin mencuba
seperti biase resepinya seperti di bawah yer…SELAMAT MENCUBA
SIAKAP MASAK NENAS PEDAS
sumber FB@Zuraida MNasir
BAHAN2
1
ekor ikan siakap - bersihkan
Garam
secukup rasa
Serbuk
kunyit
Tepung
jagung
Minyak
untuk menggoreng
CARANYA
Ikan
dibersihkan. Lumurkan dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.
Kemudian
lumurkan dengan tepung jagung sehingga rata.
Kemudian
goreng ikan tadi sehingga garing dan kuning keemasan.
Angkat
dan toskan minyaknya. Ketepikan.
(cara QH - guna pisau yang tajam, hiris isi ikan dari hujung ekor
hingga ke pangkal kepalanya. Kemudian isi ikan siakap tadi di potong kecil,
baru la dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung. Termasuk juga
badan siakap tadi. Goreng berasingan)
BAHAN KUAH
1/2
biji nenas (size kecil) - potong kiub
1
batang serai - dititik
2
helai daun limau purut - hiris halus
2
pokok daun ketumbar - hiris kasar
1
biji bawang besar - hiris bulat
10 biji cili padi merah - hiris
1/2
- 1 biji jus lemon
Air
secukupnya
Garam
dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR KASAR
3
biji bawang merah
1
biji bawang besar
3
ulas bawang putih
BAHAN
KISAR HALUS
1/2
biji nenas (size kecil)
15
biji cili padi - hijau & merah
1/2 inci halia
CARANYA
Panaskan
minyak untuk menumis. (guna minyak bekas menggoreng ikan tadi)
Tumiskan
bahan kisar kasar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan serai.
Kemudian
masukkan bahan kisar halus tadi. kacau rata.
Masukkan
daun limau purut dan perahan jus lemon. Kacau rata.
Masukkan
pula hirisan cili padi dan kacau rata. Tambahkan air secukupnya. Boleh lebihkan
jika ingin berkuah.
Perasakan
dengan garam dan gula secukupnya. Kacau lagi.
Masukkan
bawang besar yang dihiris tadi. Biarkan hingga layu sedikit.
Kemudian
masukkan nenas dan kacau rata.
Akhir
sekali masukkan daun ketumbar.
Jika
rasa sudah sempurna, matikan api dan tuang kuah ke atas ikan siakap yang telah
digoreng tadi.
Siap
untuk dihidang.
Post a Comment