Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Biasa
la bile tiba musim cuti sekolah ni...kekerapan memasak tu lain la dari
kebiasaankan...nak sekarang musim hujan perut anak2 ni termasukla perut kita
juga kerap berasa laparkan...heeee...asyik mintak diisi jer...
Masa2
ni bagi suri rumah, bila dah anak2 berkumpul ramai2 rajinnya luar biasa gak...ade
jer yang nak dibuatnya sebab ada tukang makan...betul tak
Apa
yang QH nak kongsikan hari ni mungkin dapat membantu buat para2 surirumah yang
kebuntuan idea untuk menyediakan hidangan untuk keluarga...
Kebetulan
QH buat cucur ni ketika musim hujan...alahai sedap jer nikmatinya sambil santai2
tengok TV...tak sedar berketul yang QH
ngap...heeee
Buat
pula garing...makin sedap la...walaupon garing di dalam tetapi isinya tetap
lembut dan mengenyangkan kerana QH letak tauhu dan kepingan roti di dalamnya...haaa
nak tau ape lagi bahan2 yang QH gunakan...sila la tengok resepi di bawah tu
yer...SELAMAT MENCUBA
CUCUR TAUHU ROTI
BAHAN2
8
keping roti putih - potong dadu
2
keping tauhu - hancurkan
2
biji bawang besar - potong dadu
2
biji lada merah - hiris kecil
Sepokok
daun ketumbar / sup
2
biji telur
1/2
cawan / segenggam udang kering - hiris kecil
1-2
cawan tepung / secukupnya
Garam
secukup rasa
Air
secukupnya
CARANYA
Di
dalam bekas, hancurkan/lecekkan tauhu.
Kemudian
masukkan telur yang telah dipukul dengan garfu.
Masukkan
roti yang telah dipotong kecil2. Gaul rata.
Masukkan
pula udang kering. Gaul lagi.
Masukkan
bawang besar, daun ketumbar dan lada merah. Gaul rata.
Tambahkan
tepung gandum dan sedikit garam. Gaul.
Tambahkan
air secukupnya.
Panaskan
minyak. Apabila minyak sudah panas, sudukan adunan cucur tadi. Goreng sehingga
kuning keemasan.
Toskan
minyak dan hidangkan bersama sos cili.
Post a Comment