Qasey Honey. Powered by Blogger.

BURGER AYAM CORNFLAKES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Buat kawan2 yang berada di Penang dan beberapa lagi kawasan yang dilanda banjir semoga tabah dan sabar dengan ujian yang dihadapi…musim banjir begini hendaklah awasi anak2 sentiasa maklum la bebudak kalau nampak air dan hujan suka jer kan…jangan ianya menjadi duka…


Pada adik2 yang menduduki peperiksaan SPM tahun ni semoga berjaya dan buat yang terbaik…dipermudahkan ketika menjawab soalan dan sentiasa tenang…doa banyak2 yea sebelum menjawab tu…tawakal dan redha...in shaa Allah boleh...


Ok la ingat lagi tak pada resepi QH yang lepas iaitu roti burger…ni la resepi yang berkaitan…memula kena sediakan rotinya dahulu sebab nak buat roti ni ambil masa juga…itu kalau jadi…buatnya tetiba buat hal…haaaa kan naya…heeee
Daging burger ni QH gunakan peha ayam yang telah dibuang tulangnya…QH beli siap jer kat market…kemudian disalutkan dengan tepung bestari dan kepingan cornflakes yang telah dikisar…
Lepas tu dihiaskan pula dengan epal…saje cipta kelainan sedikit sebabnya kebiasaan kita makan dengan saladkan…sedap tau dalam pedas2 tu akan rasa masam2 epal tu…tak percaya cuba sekarang…heeee

Resepinya ada QH sediakan seperti di bawah…untuk resepi roti burger tu boleh klik di SINI…selamat mencuba


AYAM GORENG CORNFLAKES

BAHAN2
2 keping ayam tanpa tulang
4 ulas bawang putih - kisar halus
2 inci halia - kisar halus
1 biji telur
Tepung bistari secukupnya
Kepingan Cornflakes secukupnya - kisar
Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng


CARANYA
Bersihkan ayam terlebih dahulu dan toskan.
Letak garam dan gaul hingga rata.
Kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar tadi. Gaul rata dan perapkan sebentar.
Sementara tu, panaskan minyak untuk menggoreng. Pastikan ketika menggoreng dalam gorengan tenggelam.

Ambil ayam yang telah diperapkan tadi dan salutkan dengan tepung bestari. Ratakan keseluruhan ayam.
Dalam bekas yang berlainan, pecahkan telur dan pukul sebentar.
Celupkan ayam yang disalutakn dengan tepung tadi ke dalam telur dan ratakan.
Kemudian salutkan pula dengan cornflakes yang telah dikisar tadi dengan rata.
Masukkan ke dalam minyak yang telah dipanaskan tadi. Goreng hingga masak dan kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya.

Boleh dimakan dengan sos cili atau dengan roti.


CARA PENYEDIAAN BURGER AYAM

Roti burger
Ayam goreng cornflakes
Sos thousand island
Serbuk cili - jika suka
Sos cili
Epal - hiris bulat (boleh tukar dengan salad)

Roti burger dipotong dua.
Panaskan bahagian roti ke atas pan sebentar tanpa minyak.
Ambil roti bahagian bawah, kemudian letakkan ayam goreng cornflakes.
Letakkan ke atasnya sos thousand island, sos cili/serbuk cili dan letakkan epal yang telah dihiriskan tadi.
Tutup dengan roti bahagian atas.

Siap untuk dihidang.


1 comment

Amie said...

Hi QH...comel burger ayamnya tu... menggoda!