Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Sesekali
balik ke kampong ada juga la QH turun ke dapur…heeee
Bukan
apa bila jarang2 balik ni sudah tentu kita nak merasa air tangan mak kan…entah
termacam mana agaknya satu hari tu QH rajin lak…macam2 yang QH buat…nak tahu
apedia tunggu la update yang seterusnya ye…
Bila
dah berkumpul ramai2 ni sudah tentu la kena masak dalam kuantiti yang banyak sikit…tapi
takpe apabila masakan kita tu laku keras…hilang rasa penat tu kan…rasa lega pon
ye juga sebab kena dengan selera memasing…
QH
masak yang simple2 jer…kebetulan ternampak ade nenas dalam peti sejuk…tu yang
terus ada idea nak masak ayam sweet sour…bahan2 lain pon semua dah ade…apa lagi
tinggal untuk masak jer…Alhamdulillah licin bila makan ramai2…resepinya ada QH
sediakan seperti di bawah yer…sebenarnya bahan2 tu QH main agak2 aje…jika ada
mana yang terkurang sila ejas2 sendiri ye…
AYAM MASAK MASAM MANIS /
SWEET SOUR
BAHAN2
1
ekor ayam dipotong kecil
Serbuk
kunyit
Tepung
jagung
Garam
Minyak
untuk mengoreng
BAHAN KUAH
10 biji bawang merah - hiris
2 biji bawang besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris halus
1/2 botol sos tomato
1/2 botol besar sos cili
5 biji cili merah - hiris
20-30 biji cili padi - hiris
1/2 biji nenas - dipotong kecil
air secukupnya
3 biji tomato - belah 6
2 pokok daun sup dan daun bawang - hiris halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak masak untuk mengoreng dan menumis
CARANYA
Bersihkan ayam dan dipotong kecil. Kemudian lumurkan
dengan garam dan kunyit. Tambah tepung jagung dan gaul keseluruhan ayam hingga
rata.
Panaskan minyak dan gorengkan hingga masak dan
garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang
putih dan halia.
Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan
air.
Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
Letak air secukupnya. Biarkan ianya sedikit berkuah.
Setelah kuah pekat, masukkan nenas dan gaul. Biarkan sebentar.
Kemudian masukkan tomato dan sedikit
daun bawang dan daun sup. Gaulkan rata.
Masukkan ayam yang digoreng tadi ke dalam kuah dan
gaul rata.
Hidangkan dengan daun bawang dan daun sup. Siap.
Post a Comment