KERABU KETAM
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Masih
belum puas lagi berkerabu ala thai…sebelum ni QH dah mencuba kerabu kerang…kali
ni QH bereksperimenkan dengan menggunakan ketam pula…adusss2 sedap tak terkata la…
Buat
pula tak banyak…sebab nak mencuba dahulu mengena ke tidak…sekali terasa
menyesal la pula buat sikit…heeee
Kebiasaan
bila masak ketam ni makan memang mengambil masa la sedikitkan…ni tidak sebab ketam tu kita dah belah2kannya siap2…kerabu ketam ni sedap tau dibuat ratah
begitu sahaja tanpa nasi…pilih la nak makan cara yang bagaimana…heeee
Penyediaannya
sangat mudah…sama sahaja caranya macam nak buat kerabu kerang tu…cuma dalam ni
QH tak letak dah kacang botol…semata2 ketam sahaja…sebab pada bukan pengemar
sayur ianya macam menganggu jerk…heeee…padahal sedap kalau ada…ni ikut pada
selera masing2 yer…
QH
terangkan sedikit penyediaannya…begini
Memula
sekali bersihkan ketam dan buang segala yang tidak berkenaan…kemudian belah
sekor ketam tu kepada 4 bahagian…sepit ketam tu potong kecil…ambil periuk rebus
ketam tadi bersama halia hingga masak…sementara tunggu ketam masak…sediakan
bahan2 kerabu…
Apabila
ketam dah masak…toskan airnya dan masukkan ke dalam bahan kerabu…gaul rata dan sesuaikan
rasanya…siap
Mudahkan…apa
lagi jommm cuba…resepi seperti di bawah yer…nak banyak gandakan sahaja resepi…SELAMAT
MENCUBA
KERABU KETAM
Bahan2
4
ekor ketam
2
biji tomato - potong kiub kecil2
1
biji bawang besar - potong kiub
2-3
sdb sos ikan
1/2
biji perahan air lemon
suku
cawan air asam jawa
Daun
ketumbar - secukupnya (hiris lebih kurang 1/2 inci)
Garam
dan gula secukupnya
Bahan kisar
12
biji cili padi merah dan hijau - kisar kasar
2
biji cili merah - kisar kasar
1
biji bawang besar - kisar kasar
1
inci belacan - dibakar dan kisar
*
jika suka boleh tambah bawang putih - kisarkan bersama dengan bahan kisar tadi
Caranya
Basuh
dan belah ketam kepada 4. Sepit ketam juga dipotong kecil.
Rebus
ketam bersama beberapa hirisan halia hingga masak.
Tapis
ketam dan buang air rebusan tadi.
Sesambil
menunggu ketam siap direbus, sediakan bahan2 kerabu.
Dalam
bekas berasingan masukkan bahan kisar tadi. Satukan bawang besar, tomato dan
daun ketumbar yang telah dipotong.
Masukkan
sos ikan, air lemon, air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Ketepikan.
Masukkan
ketam yang telah direbus tadi ke dalam bahan kerabu dan gaul hingga rata.
Sesuaikan rasanya. Siap.
Post a Comment