KEK LAPIS COKLAT PANDAN
Assalamualaikum dan
salam sejahtera semua…
Bersua kembali…
Rasanya agak terlalu
lamakan QH tak kongsikan resepi kek lapis di blog…sebenarnya kalau di luar QH
banyak kali juga buat dan siap ambil tempahan jika ada yang berminat…cumanya QH
tak sempat nak ambil gambar dan share ke sini…
Haaa kalau ada yang
nak merasa dan mencuba hasil airtangan QH…bolehlah pm tepi dan buat tempahan…heee…in
shaa Allah QH akan berikan yang terbaik…
Ok la…masa ni QH memang
sangat2 teringin nak makan kek lapis perisa coklat dan pandan…kalau nak tahu
kek lapis ni QH buat pada raya haji yang lepas…haaa dah lama kan…biase la suka
kumpul resepi…bila ada masa baru la update ke sini…
Seperti biase QH
lebih gemar menggunakan resepi dari Kak Dayang…walaupun QH tak tahu di mana
tika ni kak Dayang berada…semoga akak sentiasa di dalam rahmatNya…resepi kek
lapis dari akak sentiasa menjadi rujukan QH…terima kasih bebanyak kak…
Setiap kali QH
melapis pasti resepi ni menjadi pilihan QH…lepas tu QH olah2kan mengikut
citarasa QH ketika itu…
Kali ni QH buat
perasa pandan dan coklat…dimana QH bahagikan adunan tersebut kepada 13 lapis…perasa
pandan tu QH lebihkan selapis…boleh rujuk gambar…setiap lapisan QH timbang
untuk mendapatkan berat dan ketebalan yang sama…kalau rajin nak tambahkan
lapisan tu senipis yang mungkin pon boleh…kek lapis QH ni versi malas sikit…lapisnya
tebal2…hehehe
ajommm la rujuk
resepi di bawah ni jika ada yang berminat…SELAMAT MENCUBA
KEK LAPIS -
coklat&pandan
sumber DayangJack@DapurKu
SaYang
BAHAN2
BAHAN2
loyang 8"x8"
10 biji telur gred A
500 g mentega berkualiti tinggi
(jenama Anchor, Golden Churn, Tatura, SCS dsbnya) - QH guna Anchor
300 g tepung hongkong/tepung gandum
(diayak) - QH guna tepung hongkong
150 g gula kastor
100 g serbuk horlicks
150 g serikaya
300 g susu pekat manis
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar pandan paste
2 sudu besar coklat emulco
CARANYA
Pukul telur, gula dan ovalette hingga
kembang.
Dalam bekas yang berasingan, pukul
mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim.
Satukan adunan telur dan mentega
tadi. Sebatikan.
Setelah itu masukkan serikaya dan
horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
Akhir sekali masukkan tepung. Kacau
hingga betul-betul sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
Satu bahagian dicampurkan dengan pandan paste (QH lebihkan
selapis perasa pandan ni) dan satu bahagian lagi dicampurkan
coklat emulco.
Sediakan loyang yang telah disapu
dengan mentega disekelilingnya.
Tuangkan lapisan pertama ke dalam
loyang dan bakar pada suhu 160-170C mengikut oven masing2 selama 15 minit.
Buat selapis demi selapis, berselang
seli sehingga habis.
Setiap kali selepas lapisan dibakar sapukan/griskan dengan mentega dan baru la tuang lapisan seterusnya.
Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap
dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api
bawah selama 10 minit.
Setelah masak, keluarkan kek dari
oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (untuk lapisan terakhir, QH sapukan butter di atasnya bagi
nampakkan bahagian atas tu berkilat)
Cara-cara menyimpan
kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan
dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.
Post a Comment