KARI SARDIN TANPA SANTAN
Assalamualaikum dan salam sejahtera
semua…
Dah mula memasak ker?? atau masih memikirkan
lagi menu apa yang ingin dimasak…
Disini ada jalan penyelesaiannya…hehehe
Kalau buntu2 tu nak masak apa…buka je
blog QH ni…terhidang pelbagai jenis pilihan resepi yang ada tau…hihihi
Cari di menu bar dan klik resepi pilih
sahaja label2 yang ada tu untuk membuat pilihan…mudahkan
Kali ni QH mengkari pula…terasa lama
pula tak makan lauk jenis kari2 ni…lauk kari hari ni QH masak tanpa menggunakan
santan…buat pekat2 sikit perghhh senyap terus mengadap…hehehe
Lauk kari sardin ni QH makan bersama
roti benggali buatan sendiri…ingat lagi tak entri roti sebelum ni…kalau lupa
klik je di SINI
Cicah kari ni dengan roti tu alahaiii
sedap mengena…pulak tu masa masak menu ni…hujan mencurah2 ke bumi…memang layan…hehehe…nak
makan bersama nasi pon sesuai…terpulang dengan selera masing2…
Ingin mencuba resepi belasahan QH ni
ada di bawah tu yer…maaf jika ada kekurangan pada resepi ni…SELAMAT MENCUBA
KARI SARDIN TANPA SANTAN
BAHAN2
1 tin sardin size besar
1 paket rempah kari seafood
2 tangkai daun kari
4 biji kentang - buang kulit
1 kuntum bunga lawang
2 biji pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 batang kayu manis
3 batang cili hijau
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
1 batang serai
CARANYA
Panaskan minyak masak dan tumiskan rempah
tumis - bunga lawang, biji pelaga, bunga cengkih dan kayu manis.
Masukkan bahan kisar tadi dan tumis
sehingga naik bau. Kacau sekali sekala sehingga garing dan terbit minyak
Masukkan rempah kari yang telah
dijadikan paste. Kacau hingga garing dan terbit minyak.
Masukkan daun kari dan kentang. Gaul
rata dan tambahkan air secukupnya. Biarkan hingga mendidih sambil dikacau.
Apabila kentang hampir empuk masukkan
sardin bersama sosnya sekali. Masukkan air asam jawa. Kacau rata.
Perasakan dengan garam dan gula
secukupnya.
Akhir sekali apabila kentang telah
empuk masukkan cili hijau dan jika rasa telah sempurna matikan api.
Post a Comment