KEK MARBLE OGURA - COKLAT & OREN
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua…
Manjang
masak jer macam jemu pulak ekkk…hehehe
Tukar
la kali ni bermain dengan tepung bagai…lagipon memang dah mengedik2 sangat untuk
mencuba kek marble yang tetiba meletop dan viral sekarang ni
Macam2
warna…macam2 bentuk dan hampir setiap hari berlalu lalang di wall FB dan IG…
Terkadang
tekak ni teringin juga nak makan kek yang simple…taknak yang berkrim…
Kek
marble ni dari zaman sekolah lagi QH dah pernah buat…cuma masa tu bahan2 simple
jerk…macam2 corak yang dbuat…cuma bezanya sekarang versi dan bahan yang
digunakan agak berlainan sedikit…ada tambah itu sikit ini sikit…ye la zaman
semakin moden sudah tentu ada perubahankan…kek marble yang QH cuba kali ni dibakar
dengan cara waterbath…menjadikan kek ni sangat lembut…resepi ni pula di ambil dari
kenalan FB iaitu Kak Ummi Zawiyah…sekali padang terus jatuh cinta…maka terhasil
la kek ni di dapur QH…terima kasih kak…kali ni QH kongsikan disini…ingin
mencuba juga?? Jangan risau resepinya ada QH sediakn seperti di bawah tu yea…mana
yang QH ubah ada dinyatakan…SELAMAT MENCUBA!!
kek tak berapa nak cantik permukaannya..tangan ni terderhaka sikit..abis jahanam kek..hehehe |
KEK MARBLE OGURA
sumber:
Ummi Zawiyah
resepi:
Jeeany Tay
Bahan2
5
biji kuning telur gred A
1
biji telur gred A
70
gm tepung superfine
60
ml susu full cream
50
ml minyak jagung
1/4
sdk garam halus
1
sdk esen vanila
3
sdb serbuk koko
3
sdb air panas
(dibancuh
jadikan paste)
QH letak 11/2 sdb serbuk koko + air panas
1/2 sdb perisa oren
5
biji putih telur
60
gm gula kaster
(diputar
jadi soft peaks)
CARANYA
Pukul
kuning telur, telur, esen vanila, minyak, susu dan garam dengan menggunakan
whisk hingga sebati.
Ayak
tepung sedikit2 ke dalam telur, sambil kacau guna whisk hingga sebati.
Telur
putih tadi bahagi tiga bahagian
Masukkan
satu bahagian ke dalam adunan tepung sambil kaup balik guna spatula hingga
sebati, baru masukkan bahagian kedua dan diikuti bahagian ketiga.
Pastikan
kaup balik dengan sebati.
Bahagi
kepada tiga bahagian
Satu
asal
Kedua
titiskan sedikit warna hitam
Ketiga
bubuh coklat paste tadi, kacau rata
yang ini QH buat 2 warna sahaja - oren dan coklat. Ikut pilihan
sendiri
Guna
loyang 8 inci
Alas
dengan kertas minyak didasarnya
Keliling
loyang sapu dengan mentega/marjerin
(ummi
alas kertas minyak keliling loyang) - QH ikut ummi
Jika
guna loyang boleh tanggal dasarnya, alas bahagian luar loyang dengan aluminium
foil dua lapisan untuk menggelakkan air masuk dalam loyang.
Sendukkan/sudukan
adunan ke dalam loyang yang disediakan seperti buat kek marble
Lorekkan
guna chopstick untuk corak marble
QH sudukan warna coklat kemudian warna oren berselang2 sehingga
habis. Kemudian lorekkan bahagian atas
Panaskan
oven terlebih dahulu 150C
Bakar
pada suhu 145C selama 40 minit
Lepas
tu naikkan suhu 150C selama 30 minit
Bakar
cara water bath
Letak
kek dalam rak paling bawah dalam oven.
Sebaik
kek sudah masak, keluarkan dari oven
Keluarkan
kek dari loyang. Tanggalkan kertas di sekeliling dan masukkan balik dalam oven.
Tidak perlu on oven
Biarkan
kek tu 20 minit dalam oven panas
Lepas
tu keluarkan dari oven biar kek sejuk baru dipotong.
Post a Comment