Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Ada
peminat sushi ker?? QH takde la nak kata minat sangat...tetapi kekadang selera
sesekali nak juga bertukar dan merasa masakan dari negara Matahari Terbit iaitu
masakan Jepun...restoran yang biasa menjadi pilihan ialah Sushi King...adalah
di antara pilihan yang ada tu menjadi kegemaran QH..antaranya adalah golden
balls...
Kali
ni QH mencuba buat sendiri pula...iye la tahu2 saje la sepiring golden ball tu
dah berapakan...kalau buat sendiri kan dah jimat sedikit...hihihi
Agak
mudah je penyediaan golden balls ni...bahan yang digunakan pon tidak la
rumit...sesiapa sahaja boleh membuatnya...jom kita semak resepinya yang ada QH
sediakan seperti di bawah tu yer...resepi takde sukatan khas...agak2kan
sahaja...SELAMAT MENCUBA!!!
SELAMAT
MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERSAHUR...
GOLDEN BALLS ala sushiking
Bahan2
Telur
ayam - direbus dan dikupas kulitnya
Minyak
untuk menggoreng
Bahan salut
Telur
ayam* - dipukul
Tepung
tempura*
Breadcrumb*
secukupnya
Caranya
Didihkan
air dan rebuskan telur ayam sehingga masak.
Apabila
telur telah sejuk kupaskan kulitnya.
Celupkan
telur tadi dengan telur yang telah dipukul dengan rata.
Salutkan
pula dengan tepung tempura sehingga rata. Kemudian celupkan semula dengan
telur.
Akhir
sekali salutkan sehingga rata dengan breadcrumb. Buat sehingga habis.
Panaskan
minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan.
Biarkan
sejuk dan di potong tengah2nya.
Sediakan
pula ketam mayo
Bahan2
Filamen
ketam
Mayonis
Garam
dan gula secukupnya
Caranya
Rebus
sebentar filamen ketam. Angkat dan toskan. Hiris halus filamen ketam tadi.
Campurkan dengan mayonis dan gaul rata. Perasakan dengan gula dan garam secukup
rasa. Letakkan di atas telur yang telah digoreng tadi. Siap.
Post a Comment