CHOCOLATE ROCHER
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Salam
Ramadhan ke-19
Tidak
lengkap rasanya bila tiba musim raya jika tidak berkongsi resepi biskut raya
pada semua...telah menjadi kebiasaan buat QH ingin berkongsi biskut raya yang
QH buat...walaupon ianya hanya sekadar biskut raya yang simple sahaja...tentu
ramai yang tertunggu2 apa la biskut raya dari QH kali ni kan...jika ada yang
membeli Saji Mei 2017 edisi istimewa Aidilfitri di situ QH ada kongsikan 10
resepi biskut yang terkini...rugi jika tidak dapatkannya...
Biskut
raya QH kali ni sangat senang...tidak perlu dibakar pon...malam raya pon masih
boleh disiapkan kalau nak...hihihi...yang pasti jika dihidangkan tentu biskut
ini akan habis dulu...penuh rasa coklat siapa yang tidak sukakan...rasanya
tidak terlalu manis dan sangat kenalah dengan bahan yang digunakan...crunchy
gitu...
Berminat
ingin mencuba resepinya QH sediakan seperti di bawah yer...SELAMAT MENCUBA!!!
SELAMAT
MENJALANI IBADAH PUASA DAN BERSAHUR...
Chocolate Rocher
Bahan2
1kg
coklat kompaun beryl’s
250 gm koko krunch mini
250 gm cornflakes mini
200 gm kacang hazel - bakar dan kisar
kasar
150 gm almond nibs - bakar
Caranya
1. Bakar sebentar almond nibs selama 20
min dengan suhu 120C. Kacang hazel selama 20-25min dengan suhu 120C. Biarkan
sejuk sebentar kemudian kisar kasar kacang hazel tadi. Ketepikan.
2. Cairkan coklat dengan kaedah double
boiler. Apabila coklat telah cair matikan api dan alihkan dari dapur.
3. Masukkan koko krunch, cornflakes,
hazelnut dan almond nibs. Kacau sehingga bahan semuanya rata disaluti dengan
coklat.
4. Sediakan papercup secukupnya.
Letakkan adunan tadi ke dalam papercup dan hiaskan dengan topping pilihan.
Biarkan ianya sehingga mengeras. Apabila coklat telah keras dan tidak melekit,
susun ke dalam bekas kedap udara. Siap.
Post a Comment