BINGKA PANDAN BERPISANG
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Salam Ramadhan
ke-11 #cadanganiftar
Hari ni nak
kongsikan kuih yang sangat sedap...kuih dulu2 tau ni...amat2 popular la...resepi
ni QH ambil dari IG kak Shiela...bulan2 puasa ni rajin la nak membuat kuih
dulu2...apa aje la yang teringin bulan puasa ni...semua bagaikan nak dibuat
je...hehehe...
Ok berbalik
kepada resepi ni...di dalam resepi ni QH ada menambah pisang berangan...kebetulan
ada pisang di rumah tak tahu nak diapakan tu yang QH tambahkan ke dalam kuih
bingka ni...ada rasa mix la di situ...bahagian atas tu sengaja QH hanguskan
sebab nak bagi garing2 baru sedap...pada kak Shiela terima kasih atas
perkongsian resepi ni...memang sedap dan mudah untuk dibuat dan sori kak QH
terderhaka kat resepi ni...hihihi...
BINGKA PANDAN
sumber Kak Shiela
Bahan2
10-15 helai Daun Pandan *
250 ml Santan Pekat
2 cawan Air *
2 batang Kulit Kayu Manis (jika suka) *
1 tin Susu Cair
6 biji Telor size A
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Margerin
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1/2 sudu kecil Garam Halus
Sedikit Pewarna Hijau
sumber Kak Shiela
Bahan2
10-15 helai Daun Pandan *
250 ml Santan Pekat
2 cawan Air *
2 batang Kulit Kayu Manis (jika suka) *
1 tin Susu Cair
6 biji Telor size A
1 cawan Gula Pasir
1/2 cawan Margerin
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Tepung Jagung
1/2 sudu kecil Garam Halus
Sedikit Pewarna Hijau
4-5 biji pisang berangan - QH tambah
Caranya
Blend semua bahan bertanda (*), tapis dan perah. Tak perlu blend sampai halus yer nanti terasa sangat getah pandan tu. Blend sekali lalu jer dah. Jika ada bubuh kulit kayu manis, hati hati masa memerah takut ada serpihan kulit kayu manis yang tajam. Jangan sampai terluka jari.
Blend semua bahan bertanda (*), tapis dan perah. Tak perlu blend sampai halus yer nanti terasa sangat getah pandan tu. Blend sekali lalu jer dah. Jika ada bubuh kulit kayu manis, hati hati masa memerah takut ada serpihan kulit kayu manis yang tajam. Jangan sampai terluka jari.
Panaskan oven pada suhu 160C selama lebih kurang 10 minit. Gaul rata semua bahan dalam sebuah bekas bersama perahan daun pandan dan santan yang diblend awal tadi. Kemudian, blend semua bahan hingga sebati. Tuangkan dalam acuan yang telah dilenserkan dan bakar sehingga sehingga masak lebih pada suhu 170C atau mengikut kapasiti oven masing masing menggunakan api atas bawah. Selepas lebih kurang 15 min, tarik keluar sedikit dari oven dan taburkan bijan di atas permukaan bengkang
Sambung semula proses membakar selama lebih kurang 1 jam atau hingga masak. Boleh ditambah juga waktu membakar jika ingin lebih garing kelilingnya. Intai intailah juga sebab kondisi oven saya mungkin tak sama dengan oven anda. Pada 10 minit terakhir saya menggunakan Api atas sahaja sebab saya nak bagi bahagian atas dia garing. Setelah masak cecepat sapukan sedikit margerin di atas permukaan bengkang yang panas. Renggangkan dulu pintu oven dalam 15 minit baru keluarkan dari oven.
Pada yang
bertanya, ni pulak cara saya bakar Bengkang atas dapur gas dengan periuk dia..
Kena ada lapik kat bawah dia tu dan ditutup periuknya. Api pun kena kecik jer..
Harap dapat gambaran yang jelas
Kalau nak keliling dan tengah Bengkang ini lebih garing, bolehlah bakar atas dapur gas menggunakan periuknya sendiri yang bertutup dan berlapik seperti gambar di atas. Apinya biarkan kecil jer dan masak hingga garing.
Kalau nak keliling dan tengah Bengkang ini lebih garing, bolehlah bakar atas dapur gas menggunakan periuknya sendiri yang bertutup dan berlapik seperti gambar di atas. Apinya biarkan kecil jer dan masak hingga garing.
Post a Comment