BIHUN TOMYAM SEMPOI...
Assalamualaikum
dan salam sejahtera semua...
Hari
ni QH nak kongsikan satu resepi yang sedap dan cepat disediakan...sesuai la
untuk para2 ibu yang sibuk dengan tugasan harian...memang sangat senang...sekejap
sahaja sudah siap...jika ingin menambah lagi bahan2 yang sesuai itu terpulang
pada selera masing2...resepi yang QH sediakan seperti di bawah ni sangat
sempoi...pes tomyam QH menggunakan pes tomyam adabi je...nak cepatkan...hehehe...yang
penting hasilnya tetap sedap...
BIHUN
TOMYAM
Bahan2
Mee hoon secukupnya (dicelur)
Bahan
kuah
1 paket pes tomyam adabi
3 keping dada ayam - potong kecil
15 ekor udang saiz sederhana
15 ekor sotong saiz kecil
1 batang lobak merah - hiris nipis
3 batang saderi
1 labu bawang besar - hiris
3 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
1 inci lengkuas - hiris
2 batang serai - diketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 biji limau nipis
6 biji cili padi - diketuk
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Caranya
1. Didihkan
air. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut, serai, cili padi dan
lengkuas.
2. Lepas
itu masukkan ayam biarkan seketika. Masukkan sotong dan udang. Biarkan sebentar. Bila
sudah sebati masukkan lobak merah dan saderi.
3. Kemudian
masukkan pes tomyam, perahan limau nipis dan garam serta gula secukup rasa.
4. Tutup
api dan bolehlah dihidang panas bersama mee hoon yang telah dicelurkan terlebih
dahulu.
Post a Comment