Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM MASAK MERAH



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Salam Ramadhan ke-13
#cadanganhidanganiftar

Semakin hari semakin buntu lak nak masak apakan...resepi memang bermacam2 dan pelbagai tetapi tetap juga buntu untuk memilih yang terbaik...hehehe...


Kali ni QH kongsikan pula hidangan iftar yang ke-2...uittt lama dah tu...hehehe...ni antara lauk kegemaran QH tau...makan dengan nasi panas boleh bertambah2...selain dimakan dengan nasi putih...sedap juga jika dimakan dengan nasi serai, nasi tomato atau nasi jagung...yang ni QH makan dengan nasi putih saja...maklum la bulan puasa ni selain siapkan lauk untuk berbuka ada juga buat hidangan berbuka yang lain...jadi nak masak nasi2 yang lain tu dah jadi malas...hehehe...mari la kita tengok resepi dibawah ni...SELAMAT MENCUBA!!!



AYAM MASAK MERAH

Bahan2
8 keping ayam
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 biji bawang besar*
2 batang serai*
1/2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
1/2 lengkuas* - dikisar bersama
20 tangkai lada kering - rendam dan kisar
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2-3 helai daun limau purut
1 kiub ayam
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Caranya
1. Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak secukupnya dan goreng ayam hingga setengah masak. Angkat dan ketepikan.
2. Buangkan sedikit minyak menggoreng ayam tadi dan tumiskan bahan2 yang telah dikisarkan bersama. Tumis sehingga garing dan naik bau.
3. Masukkan pula lada yang telah dikisar tadi. Gaul hingga rata. Biarkan sehingga naik minyak. Perlahankan api.
4. Masukkan sos cili, sos tomato dan kiub ayam. Gaul rata. Masukkan daun limau purut. Tambahkan air secukupnya.
5. Apabila kuah sedikit pekat, masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi.  Gaul rata. Biarkan seketika.
6. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Jika rasa telah sempurna matikan api. Siap untuk dihidang.



1 comment

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

Ayam masak merah kegemaran husband kita
dimakan bersama nasi tomato.. nyum3