CUCUR PISANG
Assalamualaikum dan salam
sejahtera semua...
Salam Ramadhan yang
ke-3...
Menu iftar pertama dari
QH #cadanganhidanganiftar2017...tu dia hesteknya...hehehe
Seperti biasa...bila tiba
bulan puasa ni ramai yang ingin berkongsi resepi iftar memasingkan...masa ini
juga la kita akan jumpa pelbagai jenis masakan...ada yang senang dan agak rumit
sedikit penyediaannya...itu semua terpulang kepada pilihankan...suka bila
melihat kawan2 kongsi resepi macam2 ni...sekurang2nya membantu atau memberi
sedikit idea kepada kita untuk menyediakan hidangan untuk keluarga kan...senang
kerja...hehehe...
Resepi iftar QH kali ni
yang sangat mudah dan senang untuk disediakan...sesuai la juga buat ibu2 yang
bekerja atau yang sibuk menguruskan hal anak2...
Terkadang menu yang
simple2 ni bila bulan puasa ianya akan menjadi luar biasa sedapnya...hihihi...iya
tak tipu...sudi2kan mencuba resepi belasahan dari QH...SELAMAT MENCUBA!!!
SELAMAT BERPUASA DAN BERBUKA...
CUCUR PISANG
10 biji pisang emas
4 sudu besar tepung
gandum
2 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam atau
secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Kupas kulit pisang dan
masukkan pisang ke dalam satu bekas. Lenyekkan pisang tersebut.
2. Kemudian tambahkan
garam dan gula. Gaul rata.
3. Masukkan pula tepung
dan gaul sehingga rata. Tambahkan air secukupnya atau jika perlu.
4. Panaskan minyak dan
gorengkan adunan cucur tadi sehingga garing. Angkat dan tsokan minyaknya. Siap
dan sedia untuk dihidang.
SAMBAL KICAP
Bahan2
2 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji lada merah dan
hijau
15 - 20 biji cili padi
merah dan hijau
1 biji air perahan limau
kasturi
Garam dan gula secukup
rasa
Kicap lemak manis
secukupnya
Caranya
1. Panaskan sedikit
minyak masak dalam kuali leper atau pan.
2. Gorengkan sebentar
bawang merah, bawang putih, lada merah dan hijau serta cili padi sehingga laju.
3. Angkat dan masukkan ke
dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.
4. Tuang ke dalam bekas
yang lain, tambahkan garam dan gula secukup rasa serta kicap secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan
perahan air limau nipis. Seimbangkan rasanya. Siap untuk dihidang.
Post a Comment