Qasey Honey. Powered by Blogger.

SIAKAP GORENG LADA HITAM




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...


Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah Ary Malik iaitu bekas peserta Masterchef Malaysia musim pertama yang telah kembali kerahmahtullah malam tadi...semoga suami dan anak2 beliau tabah dan redha dengan pemergiannya...pada yang beragama Islam mari kita sama2 sedekah Al-Fatihah buat arwah...semoga tenang disana dan dicucuri rahmat...




Baiklah untuk hari ni QH ingin kongsikan resepi yang QH ambil dari blog kak Yatie iaitu Sinar Kehidupanku…sesekali nak juga merasa resepi dari kawan2 yang lain…betul tak??? resepi ni QH ade la olah sikit bahan2nya...nak tengok resepi asal boleh ke blog kak Yatie nanti...sebab QH menggunakan bahan apa yang ada di rumah...kebetulan itu yang ada...QH letakkan aje semua...pada kak Yatie terima kasih tau kongsikan resepi ini buat semua...kini QH kongsikan pula resepi ini di sini...maaf ye kak QH ada ubah sikit2 resepi ni...hihihi...semua patut cuba tau resepi ni...memang sedap menepati selera QH...makan bersama nasi panas bertambah tauuu...lupa dah pasal nak berdiet time tu...hehehe...ok la selamat mencuba semua...


Ikan Siakap Goreng Lada Hitam

Bahan-Bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
minyak masak secukupnya

1 sudu besar lada hitam - kisar kasar
1 labu bawang besar - potong bulat
1 biji lada benggala/capsicum merah - QH tambah
1/2 batang lobak merah
Putik jagung - QH tambah
Brokoli - QH tambah                 
Tomato ceri
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Hiris
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia - hiris halus

Bahan Sos
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos lada hitam

1/2 cawan air + 1 sudu kecil tepung jagung (bancuh bersama)


Cara penyediaannya
1. Ikan dibersihkan cuci dan toskan. Kelarkan permukaannya.
2. Lumurkan ikan bersama serbuk kunyit dan garam.
3. Goreng sehingga masak dan garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.
4. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan sos dan gaul rata.
5. Masukkan lada hitam kasar dan lobak. Kacau rata.
6. Kemudian masukkan putik jagung, lada benggala, brokoli, tomato ceri dan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau rata. Perasakan rasanya. Matikan api.
6. Susun ikan di atas pinggan yang sesuai dan tuangkan kuah tadi ke atasnya.

7. Hidangkan bersama nasi putih.


2 comments

NEKCIK said...

Banyaknya acessoriesnya QH
Tak lalu makan pun jadi selera nengoknya...

umminani said...

rajinnya masakkkk kalaulah Ummi serajin nii hahaha