Qasey Honey. Powered by Blogger.

CUCUR UDANG



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Nah tiba giliran QH pula untuk mencuba resepi viral ni…tetapi sedikit lambat la mencubanya dengan kawan2 yang lain…hehehe…biasekan macam tu…masa tengah hot resepi ni boleh dikatakan hari2 la lalu di wall FB QH…mana boleh tahan melihat je cucur udang ni lalu je depan mata…kena buat juga baru puashatikan…


Resepi ni QH ambil dari FB@Kak LinaZubir…geram tengok kegebuan kekembongan cucur udang ni…ni percubaan pertama QH…Alhamdulillah menjadi walaupon ade sedikit gabra la bermain dengan minyak panas…hehehe…seram tu bile sesekali udang tu letup2 dalam kuali…hihihi…


Versi yang QH buat ni comel je..sebab menggunakan senduk yang kecil je…sedang elok je dengan udang yang bertenggek kat atas tu…nak guna senduk yang besar sikit…nampak macam besar sangat pula…tu je pilihan senduk yang ada di dalam rumah QH…hihihi…


Memang sedap cucur ni dan kurang berminyak…di dalam resepi QH tiada buat olahan apa…semua QH ikut sahaja seperti resepi asal sahaja…ok sebelum mengakhiri enrti kali ni QH ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kak Lina dan Daku Amat kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan mudah ini…izinkan QH memanjangkan resepi tersebut di sini pula…pada yang belum mencuba apa tunggu lagi…buat cepat tau…ok la selamat mencuba!!!


CUCUR UDANG
resepi asal Daku Amat

Bahan2 
500 gm atau 2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 paket yis segera - dicampur bersama 1 sudu gula dan 1/2 cawan air suam
Air - ikut anggaran untuk bancuhan cucur (hampir 2 cawan)
1 sudu kecil garam 
Sedikit serbuk kunyit 
1 biji bawang besar - dihiris
200 gm taugeh atau 1 genggam taugeh - cuci dan toskan kemudian diramas sedikit
20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana - cuci dan toskan, kemudian lap kering dengan 'tissue' dapur
10 tangkai kucai - potong kecil
1 biji cili merah - dihiris nipis 
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan
1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih. 
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air. 
3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih. 
4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak hingga gorengan terendam. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian barulah cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh dan lingkarkan seekor udang atasnya. 
5. Letakkan udang atasnya dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip. 
6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

Bahan Sos Cili 
5-6 biji cili merah 
3 ulas bawang putih - dikisar dengan 1/2 cawan air
1/4 cawan cuka makan JALEN 
1/3 cawan gula atau secukup rasa
1/4 camca teh garam
  
Cara penyediaan
1. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. 
2. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. 

3. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur udang tadi. 


Rahsia Masak Cucur Enak : 
1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan. 
2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih 'crispy'. 
3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.


3 comments

norhidana said...

perkkkkkh terbaik ccr udang akak, tak nampak tepung nampak udang je...

HALAMANKU said...

wahhh... seksi tu udang dompot2 lepak manggis atas cucur tu kak.. nyum2 ni bwk mangkuk tingkat nak tapau

adda syuhada said...

Sedapnyer...