Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Dah masak belum tu???
Tentu buntukan nak sediakan hidangan ape untuk makan tengah hari sekejap lagi...
Resepi di media sosial memang banyak tetapi belum tentu seisi rumah mempunyai selera yang samakan...
Ade je la nanti yang tidak gemar masakan pedas...yang ade pula masakan tak pedas tak selera nak makan...ade yang gemar masakan berlemak dan akan ade yang kurang mengemarinya...itu yang terkadang 1 hari akan ade berjenis2 lauk pauknya...betul tak...
sebab mak QH bila anak2 semua berkumpul dia memang pening sikit...selera memasing tak sama...hehehe
tapi masakan ni QH masak sendiri di rumah...QH memang gemar masakan ala2 pedas ni...apabila dah lama tak makan masakan berlemak...masak juga la bagi memenuhi permintaan selera...hihihi...kebetulan ke Giant area rumah QH ade udang besar...terus datang idea nak masak lemak cili padi...hihihi...lepas tu guna la bahan ape yang di rumah...campak2 je dalam periuk...siap pon...masakan ni QH ade buat video di Instagram...kalau ada yang nak tengok boleh ke IG QH iaitu @qaseyhoney
Sebelum terlupa QH nak kongsikan sedikit tips macam mana nak buang tahi udang tanpa mengupas kulitnya atau membelah belakang udang tu...QH dapat ni pon dari group masakan juga tapi tak ingat group ape...ok caranya ambil pencungkil gigi yang bersih...lepas tu cucukkan di belakang udang tu kemudian tarik kotoran tu...sekarang bila nak masak udang je QH buat macam tu je...senangkan
Seperti biase resepi QH sediakan seperti di bawah tu yer...tak pedas tak ummphhhh la...hihihi...selamat mencuba semua...
UDANG MASAK LEMAK CILI PADI
Bahan2
10 ekor udang size besar XXXL -
10 biji cili padi - diketuk
10 biji tomato ceri
1 batang lobak - hiris nipis
1 pokok kecil brokoli
2 batang serai - diketuk
1 kotak santan (200ml)
2 cawan air atau secukupnya
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit - hiris nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar
20 biji cili padi - ikut kepedasan masing2
1 1/2 inci kunyit hidup
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
jangan lupa untuk SUBSCRIBE youtube channel Qasey Honey
terima kasih
Caranya
1. Panaskan air di dalam periuk. Masukkan bahan kisar dan serai.
Kacau rata.
2. Masukkan udang dan kacau rata. Biarkan sebentar.
3. Kemudian masukkan santan + air dengan api yang sederhana. Kacau
perlahan sambil mereneh masakan.
4. Masukkan lobak dan kacau lagi. Biarkan sebentar sehingga lobak
empuk.
5. Masukkan pula hirisan daun kunyit. Kacau. Masukkan garam dan
gula secukup rasa.
6. Masukkan brokoli, asam keping, cili padi yang diketuk dan
tomato. Biarkan sebentar.
7. Perasakan rasanya
jika dah ok matikan api. Siap untuk hidangan.
Post a Comment