KEREPEK NGAKU OREO MILO
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Maaf la semua sebab lambat QH dapat update resepi ni...ikutkan QH nak post resepi ni sebelum CNY tu tapi tetiba time tu QH sibuk sedikit...entah ada ke tidak lagi musim buah ni...sebabnya buah ngaku ni ada time2 nak CNY je...ada yang panggil arrowhead atau sengkuang cina...kalau dah takde jual lagi tu maknanya semua kena tunggu tahun depan la baru boleh mencuba resepi yang QH kongsikan ni...hehehe...minta maaf sekali lagi yea...
Kalau nak tau sejak dah kenal dengan buah ngaku ni memang setiap tahun QH beli tau sebenarnya...tapi takde la setiap kali buat QH akan update resepi...setiap kali buat QH guna je resepi yang pernah QH buat dulu2 tu...boleh tengok di SINI...cuma tahun ni nak buat kelainan la sedikit...lepas goreng tu QH taburkan dengan serbuk oreo dan milo...
rasanya memang berbeza la ianya jadi sedikit manis...kalau bebudak tentu suka rasa yang manis2 ni...boleh cuba jika inginkan kelainan...tak cuba tak tahukan...kot la rasa yang ni lagi sedap ke dari rasa original tu kan...citarasa setiap orangkan berbeza...tapi pada QH lagi sukakan rasa yang original tu...rasa lemak2 kerepek ni bila mengunyah...lagipon kalau buat versi lama tu sekali buat dah siap...kalau nak buat jenis yang begini kena 2 kali kerja...hehehe...pilihan ditangan anda tepuk dada tanya selera orang kata...hihihi
ok aajommm tengok resepi di bawah ni...bagaimana proses penyediaan kerepek ngaku oreo milo ni...resepi di bawah anggaran sahaja tau sebab time buat ni main buat je takde sukat2 sangat...kalau buat banyak nanti gandakan dan sesuaikan rasanya...
KEREPEK NGAKU OREO MILO
Bahan2
450 - 500 gm buah ngaku
garam
1 paket oreo
3 sudu besar serbuk milo
minyak untuk menggoreng
Caranya
1. Kupas buah ngaku dan disagat nipis. Basuh dan toskan airnya sehingga kering. Gaulkan bersama sedikit garam (tak perlu banyak cukup buat rasa2 sahaja).
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian gorengkan ngaku yang telah disagat tadi sehingga kuning keemasan.
3. Goreng sehingga habis dan toskan minyaknya. Ketepikan.
4. Kisar halus biskut oreo dengan krimnya sekali.
5. Dalam bekas yang besar masukkan serbuk oreo dan serbuk milo. Gaul sehingga rata.
6. Akhir sekali masukkan kerepek ngaku yang telah digorengkan tadi. Gaulkan sehingga rata. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Post a Comment