BENDI TUMIS BERSOTONG
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Menu apa hari ni??
Hari ni QH kongsikan menu yang simple jer...resepi belasahan sendiri...tapi in shaa Allah sedap...hihihi
Kadang2 lauk yang simple2 ni la pembuka selerakan...padahal malas nak masak...hehehe...tu main gabung2 je masaknya..dihidangkan pula dengan nasi panas2...aduyaiii boleh bertambah2 nasinya nanti...hehehe...hilang sekejap hal nak diet2nya...ngeeee...susah juga tu kan...
QH pernah bagitahukan...sejak2 ni semakin gemar pula masakan yang pedas2...rasanya baru berselera nak makan...tapi tidak la pedas yang melampau...kalau terlalu pedas sangat boleh putus selera makan pula...banyak minum air nanti dah kenyang...
Bila masak sayur bendi ni kebiasaanya ramai yang agak takut sebenarnya...sebabnya ianya akan berlendir apabila dihiriskan...pertama kali juga QH cuba sebenarnya masak sayur bendi macam ni...biasa biarkannya sebatang2...risau juga...Alhamdulillah hasilnya tidak mengecewakan...kurang lendirnya semasa menumis tu sampai la siap masak dah takde dah lendirnya...apa yang QH buat...bersihkan berkali2 sayur bendi tu dan toskan airnya...QH tak tau la kalau ada cara yang lain...jika ada boleh kongsikan dengan QH yea...
Ok jom tengok resepi di bawah ni...
BENDI TUMIS BERSOTONG
Bahan2
15 - 20 ekor sotong saiz kecil
10 batang bendi - hiris kecil
1 batang lobak merah - hiris nipis
10 biji lada basah - merah dan hijau - kisar kasar
10 biji cili pada - merah dan hijau - kisar kasar
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1/2 inci halia - dikisar
1 sudu besar ikan bilis - dikisar
2 batang serai - diketuk
gula dan garam secukup rasa
air secukupnya
Caranya
1. Bersihkan sotong dan toskan airnya. Ketepikan.
2. Bersihkan bendi dan dihiris nipis. Basuh bersih dan toskan airnya. Ketepikan.
3. Panaskan kuali dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar dan serai sehingga naik bau.
4. Masukkan pula sotong dan kacau rata. Biarkan seketika.
5. Kemudian masukkan lobak merah. Kacau lagi. Tambahkan garam dan gula secukupnya.
6. Akhir sekali masukkan bendi dan kacau lagi sehingga rata. Tambahkan sedikit air jika inginkan berkuah. Perasakan rasanya.
7. Jika rasa sudah ok, matikan api dan hidangkan bersama nasi putih panas.
Post a Comment