Qasey Honey. Powered by Blogger.

AYAM GORENG BERLADO PEDAS



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah muncul juga akhir entri pertama di tahun baru 2k17 ni...hehehe...apa khabar semua followers...semoga semuanya baik2 sahaja yea...

Ada ker azam baru 2k17 ni?? hehehe...seperti kebiasaannyalahkan tahun baru je pasti ada azam yang berbagai2 ye tak...azam QH pula azam 2017 ni nak settlekan azamkan 2016 yang terbengkalai masa 2015 sebab tangguh masa 2014 dan tak laksanakan masa 2013 yang plan masa 2012...hehehe ngeee

ada2 je la kan QH ni kan...biar apa pon sahaja azam yang ingin kita capai buatlah sehingga bersungguh2...letakkan satu matlamat sehingga berjaya...in shaa Allah tercapai apa yang diimpikan itu...



Baiklah jom cerita pasal resepi pulak...untuk resepi kali ni ianya merupakan resepi belasahan QH je...main campak2 campur2 je bahan yang dah di peti sejuk tu...kalau nak tahu sejak2 kebelakangan ni QH lebih gemar pada masakan yang pedas2 sikit...rasanya baru umphhh la...dimakan pula dengan nasi panas2 hmmm wallaaa...boleh bertambah tau kalau makan...tapi QH tak buat la macam tu sebab2 nak jaga badan...hihihi...

Resepi ni sangat senang dan ringkas je...bahan yang digunakan pon senang sangat2 la...tapi rasa mengancam tau, tu ikut pada citarasa QH la...pastu makan bersama tauhu goreng macam serasi je rasanya...nanti cuba la yer dan QH berharap semua akan sukakan resepi ni...seperti biasa QH sediakan resepinya seperti di bawah tu yer...selamat mencuba!!! 



AYAM GORENG BERLADO PEDAS

BAHAN2
4 ketul ayam - dipotong kecil
Serbuk kunyit 
Garam

1. Bersihkan ayam dan kemudian dipotong kecil - yang ni terpulang nak potongan ayam saiz biasa pon boleh.
2. Toskan dan gaulkan ayam dengan garam serta serbuk kunyit sehingga rata.
3. Panaskan minyak. Bila minyak telah panaskan masukkan ayam tadi dan goreng sehingga garing. 
4. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.


Bahan tumis
4 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
10 tangkai cili besar - campur cili hijau dan merah
15 biji cili padi - campur cili hijau dan merah
1 helai daun kunyit - dihiris halus
Gula dan garam secukup rasa

1. Kisar kasar kesemua bahan tumis di atas kecuali daun kunyit. 
2. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau.
3. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus tadi. Gaul rata.
4. Masukkan pula ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. 
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa. Jika rasa dah ok matikan api dan hidangkan.
6. Hidangkan bersama dengan nasi panas, tauhu goreng, timun dan tomato ceri. Sedap dimakan panas.









5 comments

adda syuhada said...

yuhuu... sedapnya QH...

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sodap nyo..
Podeh tu yg sodapkan CH..
Berlado cili api..
Macam dicili-cilikan mulut tu kan bila makan QH hahhaha..

Gee® said...

Emmm... sedapnya...k.gee mmg suka yg pedas-pedas

Cik Itah said...

terus rasa lapar...nyum nyum
follow sini. salam perkenalan :)

Sue Izza said...

sedapnyaaaa memang suka makan pedas tapi pantang lagi skrg,simpan dulu la resepi ni ,terliur di buatnya huhuuu