Qasey Honey. Powered by Blogger.

CREAM HORN



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Alhamdulillah dapat bersiaran hari ni…
Ada juga yang mengeluh bila QH tak update blog…QH dah pernah bagitahu sebelum ni…ada masa QH akan update blog…nak berblogging serancak dulu2 tu agak susah sedikit pada masa sekarang ni…bukan taknak update blog hari2 cuma keadaan sekarang tidak mengizinkan…jangan risau blog ni QH takkan tinggalkan macam tu sahaja…blog ni QH akan update dari masa ke semasa…sebab blog ni la yang QH paling sayang kerana blog ni banyak merubah harian hidup QH…


dari tak pandai masak sekarang dah boleh memasak walau tak sehebat mana pon…lepas la untuk family dan anak tekak sendiri nak makan…dari tak pandai baking boleh la sikit2 bila rajin mencuba dan sentiasa belajar…sekarang pon dah berani sikit2 ambil tempahan bila ada yang berminat dengan airtangan QH…dari suka2 menulis di blog sekarang QH dah ada buku masakan sendiri…banyak peluang yang QH dapat dari berblog…peluang yang sedia ada takkan QH sia2kan macam tu sahaja…


Ok hari ni QH nak share resepi yang mudah dan simple je…yang ni hasil cuba2 je…sebabnya kulit pastry tu QH dah lama beli…QH kalau bab membeli memang dari dulu sampai sekarang memang over…kononnya nak buat itu la ini la sudahnya lama terbiar dalam freezer tu…hehehe…kali ni buat kudap2 je…duduk santai2 kat rumah sambil tengok tv tu sedap mengunyah cream horn ni…jadi leka pon ye tak tau dah berapa banyak masuk ke mulut…hihihi…bahan2 yang QH guna pon yang memang tersedia ada di rumah…tak banyak pon bahan yang digunakan…acuan horn tu boleh beli di bakery dalam 1 pack tu ada 6pcs tak silap QH…ianya berbentuk corn…harga dalam belas2 kot…QH beli dah lama jadi tak ingat dah harga sebenar…


Resepi ni juga QH pernah kongsikan di majalah Aroma Jun 2016 yang lepas…pada yang ingin mencuba seperti biasa resepi ada QH sediakan di bawah tu yer…selamat mencuba!!! 



CREAM HORN

Bahan2
Pastry puff bersaiz 8x8 inci secukupnya
Acuan horn berbentuk kon
Gula pasir + Badam nib (dikisar kasar) - satukan
1 biji kuning telur + sedikit air - untuk sapuan

Cara penyediaan
1. Keluarkan pastry puff dari peti sejuk dan biarkan beberapa minit supaya lembut.
2. Potong setiap kepingan pastry puff tadi kepada 8 jaluran setiap satu.
3. Ambil satu kepingan yang telah dipotong tadi dan tekan pada hujung acuan horn dan pintal hingga ke atas. Jangan terlalu rapat dengan permukaan atas acuan supaya senang dikeluarkan.
4. Lekatkan hujung pastry dengan sedikit kuning telur supaya tidak terbuka.
5. Susun di dalam loyang yang di alas kertas minyak. Hujung pastry biar berada di bawah supaya tidak terbuka semasa di bakar.
6. Sapu pastry horn dengan kuning telur dan taburkan sedikit campuran gula pasir dan badam di atasnya.
7. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 175’C selama 15 minit. Pasang kipas ketuhar supaya puff masak sekata.
8. Sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan dan isikan dengan krim.


Krimnya:
1 cawan krim putar bukan tenusu atau secukupnya
3 sudu besar coklat nutella


Pukul krim putar hingga kental. Kemudian masukkan coklat nutella. Ratakan dengan spatula. Masukkan ke dalam piping beg.