Qasey Honey. Powered by Blogger.

KEK LIMA LAPIS ^_*



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

haaa tudiaa…muncul jugak akhirnya…hehehe
biase lerrr mood asyik terjunam ke mane entah…ni barulah mai mood rajin dah…ngeee
sebenarnya dari sehari ke sehari niat nak mengupdate blog tu ada tapi tu la sebaliknya pula yang terjadi…macam sadis ajekan ceritanya…hehehe

siapa kata tak rindu ke kat blog…tak rindu ke nak merapu meraban lagi kat blog…jawapnya sudah tentu la…di sini la tempat untuk QH berkarya…membebel berceloteh…sudah 5 tahun QH bersama dengan blog Qasey Honey…terlalu banyak kenangan2 terindah pahit manis masam masin payau yang telah dilaluinya…sehingga nilai semua kenangan tersebut tak dapat dijual beli dengan wang ringgit kerana terlalu berharga…terima kasih MY PRECIOUS QASEY HONEY!!


QH sangat berharap blog ini masih lagi diterima oleh pengunjung2…followers2 QH dan berharap ianya semakin bertambah…in shaa Allah selagi termampu QH akan berikan yang terbaik buat semua…dari sehari ke sehari QH akan cuba belajar, terus belajar dan memperbaiki kelemahan yang ada… QH juga akan sentiasa mencuba sesuatu yang baru jika diberi peluang untuk berbuat begitu…sekarang ni QH dalam percubaan untuk lebih serius dalam mengambil tempahan jika ada yang berminat dengan airtangan QH…buat masa ini QH ambil tempahan yang simple2 dan mudah dahulu…nanti QH akan buat iklan dalam blog ni yer…QH berharap dapat sokongan dari semua…


Baiklah lamakan QH tak share resepi dalam ni…tapi resepi hari ni bukanlah resepi yang baru atau pertama kali QH cuba…banyak kali buat dah dengan resepi yang sama ni sebabnya memang QH suka sangat dengan resepi ni…senang mudah dan pasti yang menjadi kalau anda semua ikut resepi ni dengan betul…kek ni QH buat bersempena dengan blogggersary Qasey Honey yang ke5 pada 16 Okt yang lepas…buat la kek sebiji untuk meraikan hari jadi Qasey Honey ni…

Kebetulan memang dah lama tak makan kek rainbow…jadinya kek tu la yang menjadi pilihan…lepas sudah ngidam nak makan kek pelangi…hehehe…tetapi kali ni QH buat 5 lapis aje…tu yang dah siap2 QH letak nama resepi kek 5 lapis…semua disebabkan oleh 5tahun Qasey Honey tu la…hihihi…rasa sama saje warnanya sahaja agak berlainan dari yang QH buat sebelum2 ni…nak tengok resepi2 kek rainbow yang sebelum ni QH buat boleh tengok kat list resepi label kek tu…



Resepi di bawah ni QH dah ubah sukatannya…bukan apa senang bila2 lagi QH nak buat tak payah nak kira2 dah…sukatan di bawah ni untuk sebiji kek bersaiz 8inci…kalau ikut sukatan resepi asal biasa QH akan buat 11/2 adunan…tetap nak bagi kredit pada sumber resepi ni iaitu Rahel@I Love Cake dan empunya resepi Chef Noraini Zakariaterima kasih berkongsi resepi kek yang sangat sedap ni…

Untuk krim pula pilihan QH freshcream atau nondairy whip cream…lepas tu QH warnakan dengan 5 jenis warna jugak…hihihi…yang ini terpulang pada pilihan masing2 yer…nak deco yang bagaimana…pilihan QH sebab untuk makan sendiri buat yang simple2 je…pastu 5warna ni QH masukkan berselang2 ke dalam piping bag…nozel yang QH guna adalah nozel rumput no 234…siap!! senangkan…selamat mencuba semua…ada yang tak paham boleh komen kat bawah tu yer…nanti QH jawap…jumpa lagi nanti…in shaa Allah 


RAINBOW CAKE/KEK PELANGI
By: Rahel@I LoveCake
Resepi asal: Kompilasi Hidangan Kek/Chef Noraini Zakaria

Bahan:
375 gm mentega
330 gm tepung kek - ayak (A)
11/2 sudu kecil serbuk penaik - ayak (A)
300 gm gula kastor
6 biji telur gred A
8 sudu besar susu segar
11/2 sudu kecil esen vanila 
pewarna (yang ni korang pandai2lah letak pewarna)

Cara:
1. Griskan acuan bulat 6".Lapiskan dengan kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 170"C.
2. Pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga kembang dan putih.
3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
4. Masukkan bahan (A) sedikit-sedikit sambil dikacau diikuti air susu (selangkan tepung susu tepung susu sehingga habis) dan esen vanila. Gaul hingga rata.
5. Bahagi adunan kepada 7 bahagian. Warnakan.
6. Bakar adunan selapis demi selapis selama 20 minit pada suhu 170'C.
7. Setelah kek masak,biarkan sejuk baru hias dengan krim mentega.




Untuk krimnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream atau fresh cream.

Pukul adunan Non Dairy Whipping Cream dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau diterbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.

Lepas tu boleh la melepa kek keseluruhannya sehingga rata. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.

* QH guna nozel rumput no 234


1 comment

norhidana said...

terus rasa lapar tgk kek 5 lapis akak nih...

lama akak tak berkarya, mana lah akak sembunyi yek