SIAKAP GORENG SAMBAL HIJAU
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Bersiaran lagi hari ni...
ok hari ni QH nak kongsikan resepi belasahan lagi...
hidangan kali ni Siakap Goreng Sambal Hijau...simple je menu hari ni...ni projek main masak2 cuti yang lepas...hehehe
Memang senang sangat...cuma gorengkan ikan siakap tu dengan garam dan kunyit...kemudian buatkan sambal hijau dan tuangkan sahaja ke atas ikan tadi...siap!!!
Resepi macam biasa QH sediakan seperti di bawah tu yer...selamat mencuba *_^
SIAKAP GORENG SAMBAL HIJAU
Bahan2
1 ekor
ikan siakap - size sederhana
1 biji
bawang besar - potong bulat
6 biji
tomato ceri - belah tiga
Air
secukupnya
Garam
dan gula secukup rasa
Bahan kisar
5 biji
bawang merah
3 ulas
bawang putih
5
batang cili hijau
2
batang cili merah
10 biji cili padi - suka pedas boleh tambah lagi
1/2 inci
halia
2
batang serai
Cara penyediaan
1.
Bersihkan ikan dan lumurkan dengan garam serta serbuk kunyit.
2.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat, toskan
dan ketepikan.
3. Tumis
bahan kisar sehingga wangi dan garing. Biarkan seketika dengan api kecil.
4.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air dan kacau lagi.
5.
Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris tadi. Kacau rata lagi.
6.
Masukkan pula tomato ceri dan perasakan sambal tadi.
7.
Akhir sekali tuang sambal hijau ke atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.
Siap untuk dihidang.
Post a Comment