KERANG SAMBAL BERTELUR
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kembali bersiaran...kembali ke udara...hehehe
Bila ada masa yang terluang macam sekarang ni...in shaa Allah QH akan mengupdate blog seadanya...mungkin selepas ni cara QH berkarya akan berbeza sedikit...akan kurang bercerita dan berceloteh...jika ada cerita dan punyai idea yang berjela2...panjang la entri tersebut...kalau tidak kata2 entri terkini ringkas tetapi padat atau mungkin resepi sahaja pon boleh jadi...yang penting blog tidak sunyi dari resepi dan gambar2 yang menarik...in shaa Allah ^_^
Pada cuti hujung minggu yang lepas...rajin la nak ke dapur...hihihi...cuti panjang sikitkan...boleh luangkan masa dengan periuk kuali sudip bagai...bila lama tak masak2...rindu la juga nak ketuk2 kuali...hehehe...
Masak yang simple2 je...kali ni teringin nak makan kerang pula...maka terhasil la resepi belasahan QH lagi...ehh2 macam tersedap la pulak bila main campak2 ni...hihihi...itu ikut selera QH la...lagi pedas lagi ummphhh tau...nanti nak rasa yang pedas tu boleh la ejas2 sendiri...ingin mencuba resepi ini macam biasa QH sediakan seperti di bawah tu yer...
KERANG SAMBAL BERTELUR
Bahan2
500 gm
kerang - bersihkan dan direbus bersama halia
2 - 3 biji
telur
1/2 bawang
besar - didadu
1
batang cili merah - dihiris
1 sudu
kecil sos tiram
1 sudu
besar sos cili
1 pokok
daun ketumbar
Garam dan
gula secukupnya
Bahan kisar
10 - 15
tangkai cili kering - rendam hingga lembut
(boleh tambah jika suka pedas)
(boleh tambah jika suka pedas)
2 batang
cili merah
1/2 inci
halia
2
batang serai
1/2
biji bawang besar
5 biji
bawang merah
3 ulas bawang putih1. Rebuskan kerang terlebih dahulu sehingga masak. Kemudian buang air rebusan dan toskan kerang tadi.
2. Panaskan
minyak secukupnya. Kemudian masukkan bahan kisar. Tumis sehingga naik bau dan
minyak.
3.
Masukkan sos cili dan sos tiram. Tambahkan sedikit air.
4. Masukkan
bawang besar dan lada merah yang telah dihiris. Kacau rata.
5.
Masukkan pula telur satu persatu. Biarkan seketika. Kacau hingga telur hancur
dan masak.
6.
Masukkan daun ketumbar. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
7. Akhir
sekali masukkan kerang yang telah direbus tadi. Kacau hingga rata. Perasakan
rasanya dan boleh matikan api. Siap untuk dihidang.
Post a Comment