TERIMA KASIH AROMA JUN 2016
Alhamdulillah…
Sebelum ni hampir 2 tahun QH meninggalkan blog kesayangan ni…jika berupdate pon
boleh dihitung dengan jari entri terkinikan…kiranya tuah memihak kepada QH
bila keputusan untuk kembali aktif berblog seperti dahulu membuahkan hasil yang
QH tidak duga…manakan tidak begitu banyak peluang dan ruang yang diberikan
untuk blog Qasey Honey ni…secara tak langsung satu promosi percuma untuk
memperkenalkan kembali blog Qasey Honey…syukur!!! in shaa Allah jika tiada aral team Qasey Honey bersedia untuk bekerjasama dengan mana2 majalah atau event yang berkaitan...
Baiklah…kini QH kembali berkongsi resepi di dalam majalah Aroma keluaran
Jun 2016…ingat lagi pertama kali QH muncul di dalam majalah untuk berkongsi
resepi iaitu majalah Aroma lah langkah permulaan QH tampil bersama resepi…ianya
pada Mac 2013…hampir 3 tahun kan jaraknya dengan keluaran terbaru ni…
QH sangat berterima kasih kepada editor malajah Aroma iaitu Puan Siti
Dimiati kerana memberi peluang kedua kepada blog Qasey Honey untuk berkongsi
resepi di dalam majalah tersebut…QH juga ingin memohon maaf kerana lambat dan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan yang diberikan…Alhamdulillah
akhirnya siap juga…yang membuatkan QH terharu apabila keluaran terkini gambar
resepi dari QH menjadi cover majalah Aroma ni…terima kasih team Aroma…
Di dalam majalah Aroma ni QH kongsikan 14 jenis resepi…konsep resepinya
adalah santai dan pemanis mulut…sesuai la dengan kedatangan bulan Ramadhan ni
kerana ianya sesuai dibuat sebagai juadah berbuka puasa nanti…resepi juga hampir keseluruhannya yang mudah2 dan senang2 sahaja...jika ada apa ada masalah dengan resepi tersebut boleh emel QH untuk sebarang pertanyaan...
Jadi pada yang masih belum lagi mendaptkan majalah ni kena cari cepat2 tau...sebab majalah ni cepat habis...ok sekian dulu entri untuk kali ni...in shaa Allah kita akan berjumpa lagi nanti...
Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa serta terawih...
Salam Ramadhan Al Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa serta terawih...
Post a Comment