Qasey Honey. Powered by Blogger.

PENGAT TEPUNG GANDUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Salam Ramadhan ke-11…
Ni ada satu lagi idea untuk iftar berbuka nanti…sebagai pembuka selera selepas seharian berpuasa…pembuka selera kali ni adalah manisan…memang kita digalakkan dan sunah berbuka puasa dengan yang manis2kan selain berbuka dengan buah kurma…

Kali ni QH nak kongsikan salah satu makanan kesukaan QH iaitu pengat tepung…kalau balik ke kampung selalu juga QH minta abah QH masakkan pengat tepung ni…bukan QH ye tapi abah QH yang masak tau…hehehe…padahal senang je nak buat pengat ni tapi kita ni sebagai anak…nak juga rasa airtangan abah…sesekali balikkan…mula la rasa nak makan itu ini…alahai rindu la pulak…hmmm


Nak makan pengat ni sebenarnya bergantung pada seseorang jugak…ada yang suka dimakan panas…ada juga yang suka ianya dimakan sejuk…bagi QH pula…QH lagi suka pengat tepung ni di makan panas…dengan kenyal2 tepung tu kita gigit dan kunyah ermmm nyaman je rasa…laju tau makan boleh tambah2 lagi…

Bila tiba dah teringin sangat nak makan pengat ni…kenalah juga buat sendiri…takkan nak suruh abah dating ke KL ni semata nak masak pengatkan…hehehe…QH biase la dia…bila dia aje yang masak mula la macam2 idea dia keluar…hihihi…QH ni suka sangat mewarna warnikan makanan…sampai ke pengat tepung ni dia kaler2kan…makanan tradisi tetapi berwajah baru…ok la tu kan…orang kata ikut peredaran zaman…kununnya…hahaha…ok la seperti biasa resepinya QH sediakan seperti di bawah tu yer…selamat mencuba!!!


PENGAT TEPUNG GANDUM

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
Sedikit air kapur
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Pewarna merah
Pewarna hijau
Pewarna kuning

Cara membuatnya:
1. Gaul tepung gandum, secubit garam dan air kapur. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang kental.
2. Bahagikan kepada 3 warna. Warnakan adunan tepung tadi. Ketepikan.


Bahan B:
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
1 cawan gula melaka
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuatnya:
1. Panaskan santan pekat, santan cair, daun pandan, sedikit garam dan gula melaka. Kacau sehingga gula melaka cair.
2. Sudukan sedikit demi sedikit adunan tepung tadi ke dalam campuran santan. Buat sampai habis.
3. Masak pengat sampai mendidih dan pekat. Matikan api. Boleh dihidang panas.


2 comments

Kekzamanis said...

Sedapnya! Boleh la buat petang ni.. Senang je nih.. Nipis pahala puasa kakak.. Hehehe..😁
RosmizaAli.Com

norhidana said...

sedap nih kak... time2 bln puasa nih mmg pilihan lah pengat2 gini kan