CUCUR AYAM
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Kembali bersiaran
Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat islam...
Bila tiba bulan puasa ni mesti kita agak buntukan memikirkan menu untuk berbuka nanti...QH pon macam tu juga...berpagian dah memikirkan menu apa yang nak disediakan petang nanti...tapi setakat ni QH belum masak lagi...hehehe...baru fikir2 je lebih...hahaha...awal2 puasa ni QH suka ke bazar2 Ramadhan dulu...suka duk tinjau2 menu yang dijual di bazar...sebabnya ada antara makanan yang dijual tu menjadi kegemaran QH...memang tiap tahun akan ulang cari menu yang sama...
tapi tu lah bila dah ke bazar satu penyakit yang susah nak dibuang adalah membazir...nampak tu nak beli...nampak ni pula nak beli...walaupon beli dalam kuantiti yang sikit tapi bila dah banyak jenis ni...memang tak termakan pon...cuba...hari ni kena cuba untuk kawal nafsu untuk membeli berlebihan...hihihi...tapi rasa2nya hari ni nak masak sendiri la menu untuk berbuka nanti...gatal dah tangan nak beraksi kat dapur ni...hihihi...rindu dah kat periuk belanga segala...*_^...masak yang simple2 pon takpe kan...janji airtangan sendiri...
Bila bercakap masak yang simple2 ni...hari ni QH akan kongsikan satu resepi yang simple dan anak2 mesti suka...boleh la buat tambah2 menu untuk berbuka nanti...yang ni sesuai dimakan masa berbuka dan juga bersahur...resepi ni QH ambil dari rakan FB Dina Amalia Nordin...terima kasih yer berkongsi resepi ni...QH dah cuba memang sedap dan senang untuk disediakan...cucur ayam ni QH makan cicah dengan sos je...rasanya kalau di makan dengan sup atau soto pon sedap juga...nanti bila2 senang boleh cuba makan dengan cara macam tu pula...
Ok pada yang ingin mencuba resepi ni...seperti biasa resepinya ada di bawah tu yer...selamat mencuba semua!!!
CUCUR AYAM
Sumber: Dina Amalia Nordin
Bahan-bahan:
200 gm isi ayam - dikisar
1 biji telur
2 biji cili merah - dihiri halus
1 biji bawang besar - dipotong dadu
Sedikit daun bawang dan daun sup
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Satukan isi ayam, telur, cili merah, bawang besar, daun bawang dan
daun sup di dalam satu bekas. Gaul rata.
2. Tambahkan serbuk lada hitam dan garam secukupnya. Gaul rata lagi.
3. Panaskan minyak masak.
4. Sudukan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Hidangkan bersama sos cili atau mayonis.
Post a Comment