Qasey Honey. Powered by Blogger.

BUBUR CHACHA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bersiaran lagi hari ni...
Nak share lagi resepi yang sesuai untuk dibuat pada bulan puasa nanti...sebagai pembuka selera waktu berbuka puasa sedap juga kan jika dihidang dengan hidangan yang manis...

Bubur ni terpulang pada individu...ada yang suka dimakan panas dan ada juga yang suka dimakan sejuk...QH dua2 boleh tapi lagi gemar dimakan panas...nikmatnya lahaiii...hihihi




Nak buat bubur chacha ni senang je...bahan yang digunakan pon tak banyak...main campak tu campak ni...siap dah...hehehe...rajin dengan tak aje...ngeee...resepinya ada seperti di bawah tu yer...selamat mencuba!!

Ok la...setakat ni dahulu entri untuk hari ini...in shaa Allah kita akan berjumpa lagi di bulan Ramadhan ni dengan resepi yang lagi menarik dan meletop...hihihi...tunggu yer...in shaa Allah...selamat menjalani ibadah puasa dan solat terawih...mudah2an kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan kewajipan ibadah tersebut...Salam Ramadhan dari team Qasey Honey...



BUBUR CHACHA

Bahan-bahan:
2 cawan bubur chacha
1/2 ketul gula Melaka
1/2 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
3 cawan santan cair
3 helai daun pandan - disimpulkan

Cara membuatnya:
1. Rebus bubur chacha sehingga empuk. Lalukan dengan air dan toskan.
2. Masak gula melaka dan gula pasir bersama 1 cawan santan cair. Tapiskan.
3. Masukkan santan cair selebihnya ke dalam periuk dan tambahkan daun pandan yang disimpul.
4. Masukkan pula air gula tadi. Masukkan santan pekat dan gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan bubur chacha yang telah direbus tadi. Kacau rata.
6. Biarkan mendidih sambil di kacau rata. Setelah siap tutupkan api dan boleh dihidang panas.




1 comment

Amie said...

Tengok bubur cha cha ni...rasanya macam baru buka puasa... sedapnya! Salam Ramadhan QH.