BISKUT AFGHAN
Asslamualaikum dan salam sejahtera semua…
Ok…in shaa Allah mulai hari ini sehingga nak raya nanti QH akan update
resepi kukis pula…dalam list macam2 kukis yang QH nak buat tapi belum tahu dan
belum tentu lagi semuanya menjadi…hehehe…maklumlah hampir 2 tahun kan QH tak
share resepi kukis dalam blog…jadinya dah tentu banyak resepi kukis yang QH
kumpul dan cuba nak buat…hihihi…
Bila lama tak buat kukis ni sebenarnya berdebar2 jugak sementara nak
menunggu hingga siap…kot2 lama tak mengkukis hasilnya takut menjadi
je…hehehe…ikutkan plan QH untuk kali ni nak cuba la resepi lama dan baru…tapi
tu lah kita sama2 tengok nanti apa kukis seterusnya dari QH…memang dalam list
tu bersusun resepi kukis itu ini…selagi belum siapkan...jadinya kejap2 nak cuba
kukis tu…kejap pulak ehh resepi yang tu pulak la…hehehe…ke bakery entah berapa
kali pergi dah…buatnya tak juga…hihihi…penyakit tu memang susah sikit la nak
buang…ya ampunnn…
Sebagai pembuka tirai kukis raya musim ni…QH mulai dengan Biskut Afghan…yang ni jangan tanya kat QH kenapa namanya kukis ni macam tu…tu kita kena tanya Kak Wan la empunya resepi ni…mungkin Kak Wan minat sangat kat Afghan kot…hehehe…
Apa2 pon kukis ni sedap sangat…masa bakar tu wangi jer…tu biase la kan…hihihi…ok
nk komen kukis ni…kukis ni resepinya simple sempoi lagi…tak guna telur…tapi
sangat2 sedap…QH memang cadangkan semua cuba resepi ni…
Dalam resepi ni QH ada buat sedikit olahan…walnut tu QH gantikan dengan almond dan QH guna tepung redrose…QH buat 2 adunan…serius cakap buat 1 adunan tak cukup nanti…sekejap je kerjakan 2 adunan tu…adunan tu QH sudukan kecil2…deco tu terpulang la pada anda nak yang macam mana…kalau kukis dah sedap deco yang simple pon dah cun sangat tu…hehehe…
QH nak berterima kasih pada Kak Wan kerana sudi kongsikan resepi yang
super sedap ni…izinkan QH panjangkan resepi ni di sini pula yer…pada yang ingin
mencuba resepinya seperti di bawah…selamat mencuba!!!
BISKUT AFGHAN
sumber: Kak Wan@Citarasawan
Bahan2
200 gm mentega - QH guna Anchor
20 gm shortening
80 gm gula perang
200 gm tepung gandum - QH guna tepung redrose
1/2 sudu teh soda bikarbonat
20 gm serbuk koko
30 gm walnut cincang - QH guna almond
90 gm cornflakes - ramas halus
Hiasan
Coklat masakan cair
Walnut cincang (sangai dulu) - QH guna almond
Caranya
1. Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
2. Masukkan tepung, soda bikarnonat, serbuk koko, cornflakes dan walnut
cincang. Uli menjadi doh.
3. Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang. QH sudukan kecil2.
4. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
5. Sejukkan dahulu, sudukan atau paip cklat cair di atas biskut dan
tabor dengan walnut.
6. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Post a Comment