Qasey Honey. Powered by Blogger.

PEPPERMINT ICE CREAM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…

Alhamdulillah bersiaran juga QH hari ni…

Beberapa hari yang lepas QH tak dapat nak mengupdate blog sebabnya QH kurang sihat…bila tak sihat ni nak buat ape je semuanya tak lalu kan…makanan pon tak lalu QH nak tengok...yang selalu dipandang sedap pon bila tak sihat nampak tak selera nak rasa...sekarang ni dah ok sikit…jadi dah boleh tengok makanan…hihihi


QH ni sebenarnya suka makan tau...mana terdengar je yang sedap2...QH akan cuba...tapi sekarang QH control sikit...tak nak bambam macam dulu...hihihi...makanan paling QH suka dari dulu sampai la sekarang...ni la dia ais krim...hihihi...rasanya rata2 macam tu jugak kan...makanan kegemaran semua...lebih2 lagi bila cuaca panas macam sekarang ni...


QH memang selalu simpan stok ais krim kat rumah...bila2 terasa nak makan senang dah ada...macam budak2 la pulak kan...hihihi...kali ni QH buat sendiri tau...beberapa tahun lepas QH pernah juga buat sendiri...ada dalam blog ni...nanti cari la sendiri yer...hahaha...

Kali ni QH buat aiskrim peppermint...resepinya QH ambil dari kawan FB iaitu Noor Shuhaida ...macam biasa QH buat sedikit olahan mengikut selera QH ketika itu...jangan marah yer empunya resepi...QH ni memang suka memandai dan menderhakakan resepi orang...hihihi...yang membuatkan QH tertarik dengan resepi ni sebabnya ia menggunakan fresh cream...biasa guna susu cair atau pekat je kan...yang ni lain sikit...kebetulan pula memang ada stok fresh cream...jadinya QH follow resepi ni...


QH nak pesan...perisa peppermint ni jangan letak terlalu banyak tau...nanti bukan jadi makin sedap...rasanya akan terlalu berangin dan pedas jadi tak sedap...biarkan rasanya tu lite2 aje...sedang2 je rasanya tu...sebab tak semua orang sukakan perasa mint ni...lagi sedap bila nak makan tu ditambahkan dengan kekacang dan juga coklat cip atau coklat syrup herseys...memang umphhh la...agak2 dah ada yang terliur tak tu...hihihi...apa lagi nanti cuba resepi ais krim ni...berbaloi2 tau...

Lagi 1 resepi ni...bila kita putar memang teksturnya tu macam cair...tapi jangan risau...putar je sampai adunan tu gebu...QH putar dalam lebih kurang sejam juga...pastu terus masukkan ke dalam bekas yang sesuai...sejukkan semalaman...hasilnya memang sangat puashati...keras elok macam kat kedai punya...buktinya seperti dalam gambar tu...

Sebelum terlupa QH nak ucapkan terima kasih kepada empunya resepi ni Noor Shuhaida kerana sudi berkongsi resepi ni buat semua...QH panjangkan resepi ni disini pula yer...macam biasa resepi ni ada di bawah tu yer...selamat mencuba!!!


PEPPERMINT ICE CREAM
Oleh: FB@Noor Shuhaida

Bahan2
3 cawan susu segar/full cream
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan nondairy whip cream/fresh cream - QH letak 1 cawan
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil perisa peppermint - QH tambah

Caranya
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan putar sehingga gebu.
2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan letak perisa kesukaan. QH buat 1 perasa sahaja.
3. Sejukkan ke dalam peti ais di bahagian beku semalaman sebelum dimakan.
4. Boleh tambahkan sebarang jenis kekacang atau topping ikut kreativiti.



8 comments

norhidana said...

sedapnya layan kak.... tp skrg musim sejuk seram nk layan hehehhe

nurul violla said...

Kak pakai perisa peppermint perisa apa ye?

nurul violla said...

Maksud saya jenama apa peppermint flavour tu?

Qasey Honey said...

perisa peppermint tu beli kt bakery je xde brand

Scoopylicious Aiskrim said...

Nampaknya macam sedap terima kasih kerana berkongsi resipi aiskrim :)

Unknown said...

Mana ada jual peppermint tu ye?

Unknown said...

Mana ada jual peppermint tu ye?

Qasey Honey said...

sori yunk lmbt reply..perisa peppermint tu boleh beli di bakery