Qasey Honey. Powered by Blogger.

CLOUD 9 BROWNIES



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Bertemu lagi...
Alhamdulillah dapat lagi untuk bersiaran hari ni...
Kali ni QH nak kongsikan resepi brownies yang QH suka...resepi ni memang dah banyak kali QH buat tau...siap olah sana olah sini lagi...cuma QH takde publish dimana2...teksturnya yang kenyal2 tu paling QH suka...




Adunan brownies cukup menggunakan loyang 8x8 inci sahaja...jika nak buat dalam loyang yang besar kena gandakan adunan tersebut...lepas tu nak olahkan brownies pon boleh...nak letak kekacang macam badam ke, hazelnut ke, walnut ke...nak letak coklat kitkat, snickers, mars atau saja jenis coklat pon boleh...ikutlah pada citarasa masing2 dan sesuai



Kali ni QH letak coklat cloud 9 pula...bertambah kenyal brownies tu...hehehe...juga moist...melting and heaven la...kikiki...di tambah pula adanya coklat nutella...sangat mewah brownies ni...tak percaya boleh cuba...hihihi...in shaa Allah sedap...resepinya seperti di bawah tu yer...selamat mencuba!!!



Cloud 9 Brownies 
Loyang 8x8inci

Bahan2
1/2 cawan (50 gm) serbuk koko
1/2 cawan (64 gm) tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/4 sudu teh garam
1/2 cawan (113 gm) mentega
170 gm gula kastor
2 biji telur gred A
1/2 sudu kecil vanila
1/3 cawan nutella - boleh tambah lagi jika suka
10 pack kecil coklat cloud 9 classic - dipotong 4@6

Caranya
Panaskan oven pada suhu 180C (bergantung kepada kepanasan oven masing2).
Griskan loyang 8x8 inci dengan sedikit mentega dan alaskan dengan baking paper.
Satukan serbuk koko, tepung, garam dan serbuk penaik dalam 1 bekas. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam bekas yang lain cairkan mentega. Matikan api.
Kemudian masukkan gula. Gaul menggunakan whisk sehingga rata.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Gaul lagi sehingga rata.
Masukkan pula vanilla dan nutella.
Masukkan campuran bahan kering tadi ke dalam adunan mentega. Gaulkan sehingga rata.
Terakhir sekali masukkan coklat cloud 9.
Tuangkan adunan brownies ke dalam loyang.
Bakar selama 35 - 40 minit atau sehingga masak.
Sejukkan terlebih dahulu sebelum di potong. Boleh dihiaskan jika suka.



2 comments

adda syuhada said...

Amboiii sedapnyer QH..
Saya paling suka makan brownies..

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

wallaaaaaaaaaaaaaaaaaaa