Qasey Honey. Powered by Blogger.

COKLAT LASAGNA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Alhamdulillah…akhirnya QH ke sini juga…sungguh QH rindu ingin berblog semula seperti sebelum ni…tak sangka pula plan nak berehat sebentar rupanya menjadi lebih lama…kalau masih ada yang ingat janji2 QH di awal tahun 2015…azam QH ingin terus berblogkan pada tahun tersebut…tetapi QH hanya mampu merancang…mampu menanamkan azam tersebut…tetapi disebaliknya perancangan Tuhan tidak mampu QH nak elak…akhirnya QH terus menyepi dari mana2 laman social yang QH ada…


Bukan tiada yang bertanya…bukan tiada yang mencari ke mana hilangnya QH…ramai yang pm QH di FB…tetapi QH memilih untuk berdiam diri sahaja…memberi ruang kepada diri sendiri untuk bertenang dan bermuhasabah diri…tak kurang juga ada yang meneka2 mungkin QH terlibat dengan mana2 projek buku lagi…hai la memang buat QH terharu jer…tak nampak kita aktif ada yang mencari…ni yang buat QH bertambah sayang kat semua followers…

Bila masuk tahun baru ni masing2 mesti dah ada azamkan…QH pon macam tu juga…cuma untuk tahun ni QH taknak menjanjikan apa2 dan QH taknak terlalu mengharapkan impian yang terlalu tinggi…cukuplah sekadar yang termampu QH gapai…mana peluang yang baik dan berbaloi akan QH ambil…tu je target QH untuk blog pada 2016 ni…harapan semoga blog QH terus mendapat offer dari mana2 pihak yang sudi bekerjasama dengan team Qasey Honey…in shaa Allah pihak team Qasey Honey akan bagi komitmen yang sepenuhnya…


Mana2 offer yang terpaksa QH tolak pada tahun lepas…QH minta maaf banyak2…waktu offer yang QH dapat tu dan dateline yang diberikan…keadaan tidak mengizinkan untuk QH bagi kerjasama…sekiranya masih ada lagi yang berminat untuk meneruskan projek tersebut boleh emel QH…jangan ada yang salah faham pula tau…bukan QH nak kaut keuntungan dengan berbekal blog Qasey Honey ni…tetapi jika ade peluang baik…kenapa perlu kita tolakkan…rezeki Allah tukan didatangkan dengan pelbagai cara…mana yang baik dan dirasakan berbaloi kenapa tidak kita cuba…

Ok sekarang jom cerita bab resepi pula…pembukaan tahun 2016…resepi ni tidak la baru QH cuba…setahun sudah tau…hehehe…punyalah lama QH simpan…rasanya pon dah ingat2 lupa dah…hihihi…resepi ni QH pernah kongsi dalam majalah Jelita Jan 2015…mana yang terlepas keluaran tersebut…QH kongsikan di sini…

Resepi ni QH ambil dari blog Resepi Ibundo…tetapi QH ada buat sedikit olahan untuk resepi ni…macam biase la memang tak sah bab nak mengubah resepi orang sesuka hati…hehehe…untuk resepi asal boleh rujuk di blog tersebut yer…bukan apa mengikut kesesuaian bahan2 yang ada di rumah waktu tu…semata nak ke bakery beli barang yang sepatutnya memang tak la…lagi banyak barang tak berkenaan diangkut bawa balik nanti…harukan…so guna je mana yang sesuai…yang penting bahan2 tu kena sesuai la dengan rasanya nanti…bukan2 sangat nanti pelik pula jadinya…


Adunan resepi ni cukup2 dapat 4 gelas yang QH gunakan tu…kalau tak silap la…tengok lupa dah…hehehe…tapi seingat QH macam tu la…maaf la kalau QH silap bajet…lagi banyak lagi bagus la kan…hihihi…rasanya pula memang sedap…lemak2 manis sebab ada menggunakan santan…tidak terlalu manis pada QH…memang tak perlulah nak kurangkan sukatan tersebut…sedap dimakan sejuk…hmmm heaven la…


Lagi 1 resepi ni mudah disediakan…nampak je bahan2 yang digunakan tu banyak tetapi penyediaannya sangat senang…cepat je dah siap…ikut step kat bawah tu betul2 dan fahamkan in shaa Allah mesti menjadi…pada empunya resepi QH ucapkan terima kasih kerana sudi share resepi yang sedap ni untuk QH cuba dan izinkan untuk QH panjangkan resepi ni di blog QH pula…maaf yer QH ada buat sedikit olahan…pada yang lain selamat mencuba…pasti berbaloi dan kena pada citarasa semua…in shaa Allah kita jumpa lagi nanti di lain entri…


Coklat lasagna
sumber: Resepi Ibundo

Bahan lapisan dasar
24 keping biskut oreo - dikisar bersama krimnya
100 gm bijirin sarapan Milo - dikisar
100 gm mentega - dicairkan

Cara penyediaan lapisan dasar
1.             Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan.


Bahan A
200 gm krim keju - suhubilik
1 cawan krim putar bukan tenusu (non-dairy whipping cream)
100 gm gula kastor
2 sudu besar susu segar

Cara penyediaan bahan A
1.             Pukul krim keju sehingga lembut.
2.           Masukkan gula kastor dan pukul lagi sehingga lembut dan gebu.
3.           Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
4.           Di dalam bekas yang berlainan, pukul krim putar bukan tenusu hingga lembut dan kental.
5.           Kemudian campurkan ke dalam adunan krim keju tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula.
6.           Masukkan adunan ke dalam beg pastry (piping bag).


Bahan B
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula kastor
1/8 sudu kecil garam
1 1/2 cawan susu segar
1 1/2 cawan santan pekat
185 gm coklat masakan - dicincang
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar coklat emulco

Carapenyediaanbahan B
1.             Campurkan tepung jagung, gula dan garam ke dalam bekas.
2.           Kemudian campurkan susu segar, santan dan kacau perlahan. Masakkan secara periuk berlapis (double boiler)dengan api sederhana.
3.           Sentiasa kacau adunan sehingga ianya sebati dan pekat. Masak antara15 - 20 minit.
4.           Masukkan coklat masakan dan coklat emulco. Kacau sehingga sebati dan pekat.
5.           Alihkan dari api dan masukkan esenvanila. Kacau rata.
6.           Ketepikan dan sejukkan.

Cara penyediaan coklat lasagna
1.             Masukkan campuran biskut oreo ke dalam bekas sebagai dasarnya. Padatkan.
2.           Kemudian paipkan adunan Bahan A di atasnya.
3.           Lapiskan atasnya dengan lapisan Bahan B. Ratakan.
4.           Paipkan lagi adunan Bahan A.
5.           Akhir sekali hiaskan atasnya. 


2 comments

Gee® said...

Welcome back QH...

Unknown said...

coklat masakan jenama ape ye sis ??