KANGKUNG GORENG SOTONG
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Sebelum memulakan bicara hari ni…QH ingin memohon maaf banyak2 pada
semua kerana masih gagal untuk menunaikan janji QH untuk aktif berblog…sebagai
manusia biasa QH hanya mampu merancang dengan pelbagai angan tetapi perancangan
dariNya tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi seterusnya…In shaa Allah QH
akan terus cuba dan mencuba untuk memperbaikinya dari masa ke semasa…
Sempena bulan Ramadhan ni...dikesempatan ini team Qasey Honey ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa buat semua umat islam tak kira dimana anda semua berada...
Sempena bulan Ramadhan ni...dikesempatan ini team Qasey Honey ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa buat semua umat islam tak kira dimana anda semua berada...
Ok memulakan langkah seterusnya…QH ingin kongsikan menu masak2
pula…cukup lamakan QH tak berkongsi resepi lauk pauk dalam blog ni…yang kerap
QH kongsikan dalam blog ni..baking membaking la kan…hihihi…jadi kali ni kita
bermain dengan sudip dan kuali pula…hehehe…
Bila bercakap bab masak memasak ni…sudah tentu kita akan rindukan
sentuhan air tangan ibu kan…QH pon macam tu juga…kalau balik ke kampung mesti
macam2 menu yang kita nak mak masakkan…memang cuci tangan betul…siap masak
tinggal makan aje…hehehe…pada QH sehebat mana kepakaran kita dalam bidang
masakan…tetapi sentuhan air tangan ibu tetap tidak dapat dilawan…bila berjauhan
perasaan rindu terhadap masakannya membuatkan kita sering teringat2…kalau semua
nak tahu…jika mak QH datang ke rumah…QH pon akan suruh mak yang masak…hihihi…
bercakap mengenai Maggi® CukupRasa™ ni sebenarnya memudahkan lagi kerja2 memasak kita yang fungsinya sebagai bahan pelengkap masakan tanpa perlu menambahkan apa2 lagi bahan tambahan yang lain kerana ianya penambah perisa semua dalam satu...bila menggunakannya sudah pasti akan menjadikan masakan tersebut bertambah enak...terutama sekali bila masak sayur...sangat2 mengena...boleh dibuat umpan jika ada anak2 yang tidak gemar makan sayur ....hihihi...jadi ibubapa diluar sana boleh gunakan cara ini untuk mengalakkkan anak2 makan sayur...resepinya mudah dan jika anda nak mencuba…jom QH kongsikan seperti berikut…
Bahan-bahan
2 ikat sayur kangkung
10 ekor sotong
2 keping tauhu basah - potong kecil dan digoreng
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang merah - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu besar ikan bilis - dikisar
5 biji cili padi - dikisar
2 sudu besar ikan bilis - dikisar
5 biji cili padi -
1 inci belacan - dikisar (dibakar dahulu)
2 biji cili merah - dihiris
1/2 sudu besar Maggi® CukupRasa™
Gula secukup rasa
Air secukupnya
Cara penyediaannya
1.
Panaskan sedikit minyak. Tumis semua
bahan kisar hingga pecah minyak.
2.
Masukkan sotong dan gaul sebati.
3.
Masukkan sayur kangkung dan lada merah. Tambah air
secukupnya.
5.
Masukkan juga sedikit gula dan Maggi® CukupRasa™. Gaul rata sehingga daun kangkung layu.
6.
Akhir sekali masukkan tauhu basah yang
telah digoreng. Gaul rata.
7.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Post a Comment