Qasey Honey. Powered by Blogger.

POTATO FRITTER



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Alhamdulillah bertemu akhirnya kita di tahun baru...

Sebelum tu QH ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1436H kepada seluruh umat Islam amnya dan SELAMAT TAHUN BARU 2015 juga kepada semua yang sudi singgah dan berkunjung ke blog QH sekarang ni...tak kira bangsa, Agama, keturunan, darjat serta kedudukan dan tak kira di mana sahaja semua berada...kita tetap memandang pada langit yang sama...tetap juga merasai beberapa peristiwa pada tahun 2014 yang banyak meninggalkan kenangan masam manis, suka dan duka...jadikan ianya kenangan untuk dikenang dan jangan jadikan ianya kenangan untuk diratapi...meskipun banyak dugaan yang menduga pada tahun tersebut...jadikan ianya sebagai pemangkin untuk terus kita berdiri dan memandang ke hadapan dengan semangat dan azam yang semakin baik...tidak perlu menuding jari pada orang lain tapi tuding la jari tersebut kepada diri sendiri untuk berubah kepada sesuatu yang lebih bermanfaat...sepadan dengan peningkatan usia dalam membuat sesuatu dengan lebih matang...


Seperti biasa...bila masuk sahaja ke tahun baru pasti berazam2 yang kita rencanakan dalam hidup...QH juga begitu...siapa yang takde azam dan impian yang ingin dicapaikan...in shaa Allah untuk tahun ni salah satu azam QH adalah untuk kembali serius dengan blog...tak nak lagi seperti tahun lepas...rasanya sudah cukup untuk berehat...sebenarnya dah terlebih rehat dah tu...hehehe...nak kembalikan kemeriahan dunia blogger masakan yang agak sepi pada pandangan QH kebelakangan ni...ayuh teman2 blogger yang lain jom kita kembalikan kemeriahan hobi kita yang satu ini...dengan hobi kita ini ianya dapat dimanfaatkan kepada orang lain...yang kebuntuan idea untuk menyedia atau mencari resepi yang sesuai dengan selera memasing...ermmm semangat betul yer si QH ni...hehehe



Sebagai pembukaan resepi di tahun baru ni...QH sediakan resepi yang telah menjadi trend pada tahun lepas...bukalah FB atau blog...pasti bertemu dengan resepi ni...ramai yang dah mencubanya...QH pon sudah pasti ingin mencuba dan merasai keenakan resepi ini...

Resepi yang sangat simple tapi tetap enak untuk dinikmati...malahan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai juadah yang santai untuk seisi keluarga...cucur siapa yang tidak sukakan...cuma namanya saja yang telah dikomersialkan...hihihi...yang ni QH jadikan sebagai menu untuk sarapan pagi...jangan tanye bila...sebab QH sendiri dah lupa entah bulan bila QH buat ni...hahaha...alamak punyalah lama simpan resepi ni...

Pada yang ingin mencuba...resepinya QH sediakan seperti di bawah...ada sedikit olahan yang QH buat...terima kasih buat Kak Ummi dan Kak Along yang berkongsi resepi ni...di sini QH panjang pula kepada yang lain...selamat mencuba semua...



Potato Fritters @ cucur kentang

By: AlongRoz@HomeKreation
Original Source: 
Ummi@HomeSweetHome
* Resepi olahan semula oleh HomeKreation & juga inspirasi dari kawan2 yg sudah mencuba
Boleh google untuk melihat hasil dari kawan2 blog 
Hidangan: 3 orang


BAHAN2:
3 biji ubi kentang (sagat kasar)
1 batang lobak merah (sagat kasar)
4 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung gandum
1 biji telur (pukul sedikit dengan garfu)
Sedikit daun kucai (QH letak daun ketumbar)
1 biji cili merah (hiris)
1 biji bawang besar (hiris)
10 ekor udang (QH tambah)
Secubit garam
Lada Hitam serbuk (QH tak letak)

CARA2:
1. Gaul kesemua bahan2 sehingga rata.
2. Panaskan minyak yang agak banyak seperti menggoreng cucur.
3. Sudukan adunan ke dalam minyak & balik2kan sehingga garing.
4. Toskan minyak & hidangkan panas2 dengan sos cili. 


7 comments

cahayahidupku.blogspot.my said...

Salam maulidur rasul dan selamat tahun baru 2015 QH...

Sedap tengok Potato Fritters tu.. siap tambah udang tu lagi sedap QH :)

Kakcik Seroja said...

Bahan tambahan adalah kerajinan...

:)

adda syuhada said...

Assalam QH..

Sedap ni kan...terliuq sudah..

Kak Nita said...

As salam QH,

sedap nih makan sambil nonton tv pulak ,confirm licinnn..

Kak Vit said...

senang kan buat potato fritters ni.. anak-anak saya suka betul.. hihi..

Amie said...

Hai QH.... selamat tahun baru 2015. Moga ceria selalu dan tercapai azam yang dibina.

Anonymous said...

Mmg tak tmbh air ke nk bt cucur ni? ..