KEJU BERI
Assalamualaikum dan salam sejahtera
semua…
Seperti yang
dijanjikan…bertemu lagi kita di sini…Alhamdulillah
Hari ni QH nak berkongsi pula dengan salah satu resepi yang telah QH sumbangkan untuk majalah Jelita Januari 2015...kawan2 dah dapatkan belum majalah tersebut...rugi tau kalau belum beli sebab banyak resepi yang sedap2 dalam tu...
Sebelum tu untuk resepi ni QH ambil dari blog Saba...sumbernya pula dari buku Siri Blogger Masakan Kek @ Azlita...terima kasih kepada kedua2nya kerana telah menyumbang resepi ini...kini giliran QH pula untuk memanjangkan perjalanan resepi ni di sini...
Resepi ni QH ada membuat sedikit olahan untuk bahagian dasarnya...tak tahu la kan...suka sangat la QH ni mengubah resepi orang suka suki...harap dimaafkan yer...hehehe...untuk melihat resepi asal kenalah tengok di blog Saba atau jika dah memiliki buku masakan Kak Ita tu...bolehlah rujuknya di situ...jangan tanya page berape...tak ingat yer...hahaha
Ok sambung apa olahan yang telah QH buat tu...olahan ni QH buat berdasarkan pada bahan yang telah sedia ada di rumah...tak tahu nak diapakan pada bahan2 tersebut setakat hari tu...jadinya QH cuba untuk resepi ni...QH menggunakan pretzel mini, cocoa crunch dan biskut marie original...kalau nak buat sebagaimana Saba atau Kak Ita buat tu...terpulang yer...ikut selera masing2...
Pada pengemar cheese tentu suka dengan dessert ni...rasanya tidak la terlalu manis...sedap dimakan sejuk2...senang kata cukup rasalah...hihihi...pula tu, nampak saja macam rumit atau renyah untuk membuatnya tetapi ianya sangat mudah untuk disediakan...kenalah cuba nak tahu macam mane...hehehe
Lagi satu dessert ni sangat sesuai untuk dihidangkan untuk hidangan meja pengantin atau apa2 jamuan untuk diletakkan di meja utama...nampak menarikkan...kena la cuba lain sikit...barulah tampak mewah meja hidangan tersebut...hihihi...
Sebelum QH merapu yang bukan2...dengan ayat yang tunggang langgang lagi...cukuplah setakat ni dahulu entri pada kali ni...in shaa Allah kita akan bertemu lagi di lain siaran...akhir kata selamat mencuba semua...
Keju Berry
Sumber: Sabariah Muda
Resepi: Siri Blogger
Masakan Kek @ Azlita
Bahan lapisan dasar
75 gm biskut marie-
dikisar
75 gm pretzel mini -
dikisar
30 gm cocoa crunch- dikisar
90 gm mentega - dicairkan
Cara penyediaan lapisan dasar
1. Campurkan
biskut marie, pretzel dan cocoa crunch
yang telah dikisar.
2. Masukkan
mentega cair. Gaul rata.
3. Letakkan
dalam bekas sebagai dasar.
Bahan lapisan keju
250 gm krim keju - suhu bilik
200 gm krim putar bukan tenusu (non-dairy whipping cream)
150 gm yogurt
90 gm gula
15 gm gelatin
60 ml air
1 sudu teh jus lemon
50 gm buah beri biru dalam tin
25 ml jem beri biru
Cara penyediaan lapisan keju
1. Tuangkan 60ml air ke dalam
cawan kecil, taburkan gelatin di atasnya. Biarkan gelatine kembang.
2. Dalam bekas pemutar, putar
krim keju dan gula sehingga lembut dan gebu.
3. Masukkanyogurt dan putar lagi.
4. Dalam bekas berasingan, putar krim bukan tenusu sehingga kental dan kaku.
5. Kaup balik
adunan krim putar ke dalam adunan keju.
6. Tambahkan
perahan jus lemon dan gaul sempurna.
7. Masukkan
adunan ke dalam beg pastry (piping bag).
Cara penyediaan keju beri
1. Letakkan
lapisan dasar ke dalam bekas. Padatkan.
2. Masukkan
lapisan keju diikuti jem beri biru dan buah beri biru.
3. Ulang sehingga
habis. Hiaskan.
Post a Comment