Qasey Honey. Powered by Blogger.

PUDING SUMI JELLY



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Bertemu lagi…

Hari ni QH nak berkongsi menu pencuci mulut pula…kali ni QH bersiaran dengan resepi puding pula…puding kalau cuaca panas memang sedap dimakan…nak pula puding tu sejuk2…memang sangat heaven la…laju saje masuk ke mulut…bagai menari2…hihihi

Resepi puding ni agak popular juga sama ada di FB atau blog…mungkin satu fenomena…macam2 versi yang diketengahkan…ikut pada kreativiti memasing la kan…versi yang QH tonjolkan ni pon bukan idea asal QH…QH pon ceduk dari idea orang lain juga…sebab ianya unik dan menarik…


Kalau dulu2 masa kecik2 kita makan sumi jelly tu begitu sajakan…tak sangka pula kini ianya boleh dipelbagai…sangat kreatifkan kepada pengolah resepi ini…kebiasaannya sumi jelly ni QH gunakan untuk membuat cocktail segera aja…sebab malas nak masak pudingnya…hihihi…


Tentang rasanya pula...puding ni tidak la terlalu manis dan seimbang dengan manis sumi jelly tersebut…sangat sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu menu hantaran…teksturnya juga agak kenyal…sebenarnya untuk buat puding seperti yang QH buat ni…ada acuan khasnya…tapi bila QH ke bakery dah habis pula…jadinya QH gunakan aja acuan yang ada di rumah…kalau tidak tentu sumi jelly tu terletak elok di dasar acuan tersebut dan pudingnya tidak akan terkena pada sumi jelly tersebut…kalau nak disatukan sumi jelly dengan puding pon boleh…terpulang pada citarasa semua…apa QH buat ni…sebab berkenan dengan idea tersebut…


Sebelum mengakhiri entri untuk hari ni…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta, penyumbang dan idea resepi puding sumi jelly ini…terima kasih juga kepada Kak Aida74@RR kerana resepi ni QH ambil dari blog beliau…QH minta izin untuk kongsikan resepi ini disini pula yer...pada yang belum mencuba…dipersilakan untuk mencuba dan merasakan keenakan puding ini…resepinya seperti di bawah yer…


Puding sUMI JELLY
Resepi dari Kak Aida74@RR

Bahan-bahan
37.5 gm agar-agar tali
8 cawan air
1 1/4 cawan gula pasir
1 tin susu cair
Sumi Jelly secukupnya
pewarna merah jambu
pewarna kuning
pewarna hijau

Caranya
1.  Susun sumi jelly di dasar acuan.
2.  Masak agar-agar tali hingga betul-betul hancur.
3.  Masukkan gula pasir. Kacau lagi hingga gula hancur dan sebati.
4.  Masukkan susu cair dan kacau lagi hingga sebati.
5.  Perlahankan api. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian.
6.  Letakkan pewarna dalam setiap adunan.
7.  Tuang adunan pertama ke dalam acuan secara perlahan. Biarkan mengeras.
8.  Lorekkan permukaan lapisan tadi dengan garpu atau pisau. Tuang pula lapisan kedua dan biarkan mengeras.
9.  Seterusnya tuang lapisan ketiga dan ikut seperti langkah di atas.
Biarkan sejuk di dalam peti ais sebelum dihidangkan.



16 comments

Kakcik Seroja said...

Melihat warnanya pun sudah buat teruja untuk mencuba... :)

Anonymous said...

sedapnye...& cantik...

Gee® said...

Waaa... sedapnya...

Suzana Ibrahim said...

comelnyaaa....i like!

Unknown said...

sangat teruja untuk mencuba..

fazianbatrisyia said...

cantik kan pudding sumi. sy try buat hari sbb byk dpt sumi dlm hamper. sy gandingkan dgn caramel.

nur afira natasya said...

Nampak macam sedap ja

Anonymous said...

mohon share.

Anonymous said...

mohon share ..

zamnis enterprise said...

mohon share ye sis

nisa said...

mohon share ya sis

nisa said...

mohon share ya sis

Unknown said...

Sedapnye...mohon share ye..tq :)

Ezzahh Ahmed said...

Teruja nk Cuba....nmpk cantek & sedap...bahan pun mudah jer..

Unknown said...

Asingkan 3 bahagian..warnakan..tuang warna pertama tunggu hingga keras??warna kedua tu nk letak atas dapur ke?

Qasey Honey said...

@norrish abdullah
utk warna yg lain biarkan di atas dapur..buat secara double boiler