JERUK EPAL ASAM BOI
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
I'm back!!
Ok semangat untuk berblogging semula tengah meluap2 ni...hehehe...inn shaa Allah mudah2an ianya akan berterusan...QH boleh!!!
Bukan mudah untuk pupuk semangat ni semula...takut2 nanti akan tinggal cakap2 sahaja...hihihi...mungkin tak selalu QH dapat mengupdate blog tapi QH minta dan nak sangat ianya akan berterusan...tak kisahlah kalau QH hanya sempat masukkan 2 resepi aje ker dalam seminggukan...daripada ianya ditinggalkan terus berminggu2 atau berbulan2...macam selalu tu...*_^ (kan dah malu sendiri) hehehe...
tapi bila resepi itu sudah jadi satu fenomena...kenalah mencuba juga...nak juga selitkannya di dalam blog ini...hehehe...disebabkan QH tak gemarkan mangga muda...QH gantikan dengan epal hijau...memang sedaplahkan...hihihi...ditambahkan pulak dengan serbuk asam perghhh...pejam celik pejam celik dibuatnya...tambah pedas2 pulak tu...layannn...
Kalau di google...banyak resepi mengenai jeruk asam boi...lebih kurang sama aje bahan2nya...tapi masih boleh lagi diubah mengikut citarasa sendiri...jika tak suka mangga muda macam QH ni boleh ditukarkan kepada epal hijau ker, betik muda ker, buah lai ker atau apa saja buah yang sesuai...penghargaan harus diberikan kepada sesiapa pon empunya resepi dan pencetus fenomena ini kerana sudi berkongsi kepada semua...terima kasih banyak2
jika ingin ikut seperti cara QH...resepinya seperti di bawah tu yer...boleh ubah lagi jika ada kekurangan atau kelebihan disitu...selamat mencuba semua...berjeruk la kita selagi musimnya masih ada...hihihi
JERUK EPAL ASAM BOI
Bahan2
4 biji epal hijau - buang kulit dan hiris
10 sudu gula
10 biji cili padi merah - tambah lagi jika suka pedas
25 biji asam boi - boleh tambah lagi jika suka
serbuk asam - letak jika suka
Secubit garam
Caranya
Epal dibuang kulit dan hiriskan memanjang. Basuh dan toskan.
Taburkan gula dan secubit garam. Gaul rata dan sebatikan.
Letakkan cili padi yang telah dihiris. Kemudian gaulkan bersama dengan asam boi.
Masukkan ke dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Taburkan serbuk asam sebelum dihidangkan.
Post a Comment