SIRI BLOGGER MASAKAN - QASEY HONEY
Dimana tiba giliran QH ada buku masakan sendiri...satu peluang yang susah untuk QH lepaskan...sememangnya selama QH berblog ni tidak pernah terlintas langsung akan melalui saat2 ini...nak kata mimpi tapi ianya adalah kenyataan...bila QH menerima emel daripada En. Hishamuddin dari Kongsi Resepi mempelawa QH untuk projek buku edisi Siri Blogger Masakan...
Bila terbaca saja emel tersebut...memang QH tak terkata apa2...macam nak lompat bintang pon ada...hehehe...bukan sekali emel tu QH baca tapi berpuluh kali...faham2 aja rasa keterujaan QH masa tu tahap mana *_^
Mengenai resepi2 di dalam buku ini...ianya tidaklah sepenuhnya resepi dari QH sendiri...QH ambil dari rakan2 blogger yang lain, rakan2 di FB dan dari majalah...sepertimana biasa resepi yang QH ambil ada sebahagiannya QH olah mengikut citarasa sendiri...di sini QH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang resepi yang QH ambil resepinya...juga kepada rakan2 dan pengunjung2 blog QH yang lain...yang sentiasa memberikan sokongan buat QH untuk terus menghidupkan blog ini...tanpa sokongan2 yang diberikan mungkin QH tidak akan sampai ke tahap sekarang ini...InsyaAllah QH akan terus berkongsi resepi sehingga termampu...
Sekalung penghargaan dan terima kasih juga ingin QH sampaikan buat En. Hishamuddin dari Kongsi Resepi dan Ms Lillian Ng dari MPH yang mempelawa, memberi peluang yang sangat besar dan kepercayaan kepada QH untuk turut sama terlibat dalam projek buku Siri Blogger Masakan ini...terima kasih di atas kerjasama yang diberikan dari awal sehingga terhasilnya sebuah buku...tidak lupa juga terima kasih kepada warga MPH yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan projek ini...QH minta maaf kerana lewat menyiapkan buku ini dari jangka masa yang ditetapkan...
MPH online |
Oh yer...buku2 ini selain boleh dibeli dikedai2 MPH dan kedai2 buku berdekatan...ianya boleh juga dibeli secara online di laman web MPH...klikkan saja pada link tersebut di caption gambar di atas...caranya pilih Title dan taipkan Siri Blogger Masakan atau pilih Author dan taipkan Qasey Honey...akan keluar senarai buku2 ini...
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh tinggalkan komen di ruangan ini...InsyaAllah QH akan menjawab pertanyaan yang dikemukakan...
Akhir kata semoga apa yang QH kongsikan di dalam buku ini dapat dimanfaatkan bersama...jika terdapat kekurangan dan tidak memenuhi citarasa anda QH mohon maaf...sebab QH bukan seorang chef atau profesional dalam bidang kulinari ini...QH hanya seorang blogger masakan sahaja yang suka mencuba pelbagai resepi...
Ok sampai di sini dulu kita berjumpa...InsyaAllah ada resepi baru yang QH cuba nanti...blog akan diupdate seperti biasa...salam sayang semanis gula untuk semua...JANGAN LUPA DAPATKAN BUKU MASAKAN QH TU YER...banyak resepi2 yang sedap2 dan QH tak pernah kongsikan di blog sebelum ini...pada yang sudah dapatkannya...TERIMA KASIH BANYAK2 ^_^
Post a Comment