Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Salam Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia dan jangan lupa untuk mendoakan buat saudara kita yang berada di bumi Gaza...
Sebelum kita ke resepi…izinkan QH untuk membebel dulu yer…hihihi…macam
tak biasa la pulakkan…*_^
Susah pula nak susun ayat hari ni…takut apa yang QH nak
sampaikan nanti ada yang akan berkecil hati dan sebagainya…kadang2 apa yang kita
maksudkan dan sampaikan tu akan jadi lain pula penerimaannya oleh orang lain…diharapkan apa yang QH sampaikan seperti di bawah ini dapat diterima dengan hati yang terbuka (macam propa la pulak) hehehe...
Macam ni...QH ada menerima beberapa permintaan untuk menggunakan
gambar2 di dalam blog ini...ok yang ni memang QH puji tindakannya kerana meminta kebenaran terlebih dahulu...tetapi sayang2 semua...QH minta maaf banyak2 kerana QH tidak dapat mengizinkannya...bukan QH perasan bagus ke apa...tetapi gambar2 yang di dalam blog ini adalah hak eksklusif Qasey Honey sahaja...tidak dibenarkan untuk menggunakannya untuk tujuan perniagaan...harap semua faham dan menghormati hak terpelihara tersebut...
Kalau betul2 berminat sangat...tiru saja design atau deco yang mana berkenan tu...rasanya kita akan lebih berpuashati sekiranya gambar yang kita iklankan itu hasil dari air tangan sendiri...sudah tentu kita pon tahu akan karenah setiap resepi yang dicuba...tahu akan rasanya dan kemungkinan bila mencuba sendiri idea untuk mendeco tu akan lebih kreatif dan menarik lagi...lagi satu boleh menambah perasa atau perisa yang difikirkan sesuai untuk resepi2 tu...kerana air tangan setiap orang adalah berbeza walaupon ianya dari resepi yang sama...
Jomlah beresepi pula...kali ni tampil dengan biskut si merah baldu...nampak sangat seksi biskut ni...hehehe...sesuai dengan namanya...lagi sekali resepi biskut ni QH ambil dari blog Kak Wan...hihihi...terima kasih kak...QH ambil lagi resepi dari blog akak...
Biskut ni memang sedap...QH buat selepas waktu berbuka...siangnya tinggal nak snap je...sewaktu ambil gambar biskut ni...sabar je la wahai hati kerana terpaksa menahan aroma yang keluar dari biskut ni...senang saja nk buat biskut ini...QH bentukkan menggunakan garfu sahaja...bentukkan kemas2 dan cantik2...biskut ni memang saja QH buat gerutu2 macam tu...QH cucuk2 kat permukaannya dengan garfu untuk menampakkannye lebih seksi...kikiki...nak tambah sedikit kekacang pon boleh...QH tambah almond nibs...ok silalah mencuba biskut ni...pasti berbaloi tak tipu tau...hehehe...selamat mencuba!!
Biskut
Red Velvet
Resepi asal: Cookingclassy.com
Bahan2
200 gm mentega
30 gm shortening
220 gm gula pasir (QH guna gula kastor)
1 biji telur gred A
300 gm tepung gandum (QH guna 150gm
tepung gandum, 150gm tepung Redrose)
20 gm serbuk koko
50 gm tepung jagung
3/4 sudu kecil baking soda
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil cuka makan
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil serbuk pewarna merah (bright red)
100 gm coklat chips putih (QH guna coklat
chips twin)
100 gm badam nibs (QH tambah - badam ni nak letak lebih pon boleh)
Hiasan:
Coklat chips putih secukupnya (QH guna coklat chips
twin)
Caranya
1. Pukul mentega, shortening dan gula hingga berkrim. Masukkan telur,
esen vanila, cuka dan serbuk pewarna. Putar hingga rata dan sebati.
2. Ayak tepung, serbuk koko, baking soda dan garam. Masukkan
coklat chips dan gaul bersama adunan mentega hingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan dan tekan dengan beberapa biji coklat
chips di atasnya. Jarakkan biskut kerana ianya akan mengembang.
4. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 150C
selama 15-20 minit.
5. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Post a Comment