Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT KELAPA TROPIKA



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…


Bertemu lagi kita di minggu baru…masih di dalam bulan Ramadhan…hari ni sudah masuk puasa yang ke 16 kita semua menyambutnya…tinggal lebih kurang 2 minggu lagi saja kan kita akan menyambut hari raya…dalam pada kita bergembira untuk menyambut hari raya tak lama lagi tu…jangan dilupakan pada saudara2 kita yang berada di bumi bertuah Gaza…sedih bila setiap hari ada saja berita saudara2 kita yang terkorban…terutamanya kanak2…Al Fatihah buat mereka yang telah terkorban…semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan solehah serta dicucuri rahmat...


Baiklah hari ni QH nak kongsikan lagi resepi biskut raya…kali ni resepinya QH ambil dari belakang kotak Nestle Cornflakes…setiap tahun mesti ada 1 resepi yang QH ambil dari situ…suka menerai sebab tengok biskutnya nampak sedap kalau dalam gambar tu…hehehe…untuk resepi ni QH ade membuat sedikit olahan mengikut kesesuaian dan tekstur adunan tersebut…boleh rujuk seperti resepi di bawah…rasa biskut ni sedap…bila makan tu ianya cair dimulut…

Untuk biskut ni semasa membakar QH tidak menggunakan baking paper seperti kebiasaan…sebaliknya QH hanya mengliskan saja dulang pembakar dengan mentega…bawahnya pula tidak hangus…kelapa kering pula QH warnakan dengan pewarna serbuk pink dan hijau…warnakan secara berasingan kemudian baru satukan…jika taknak kelapa kering tu diwarnakan pon boleh atau nak warnakan dengan warna lain pon boleh…ikut pada citarasa masing2…ok la jika berminat untuk mencuba…ikut la seperti resepi di bawah…kalau kurang faham…sila tinggalkan komen yer…QH akan jawab nanti…walaupon lambat…hihihi…


BISKUT KELAPA TROPIKA
Resepi dari Kotak Nestle Cornflakes

Bahan2
375 gm tepung ubi (QH letak lebih kurang 200 gm, tambah jika perlu)
150 gm tepung gandum (QH campurkan separuh dengan tepung Redrose) (QH letak lebih kurang 90 gm, tambah jika perlu)
100 gm cornflakes - kisar halus
200 gm kelapa kering (QH letak 150 gm) (kisar halus)
250 gm mentega
150 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur gred A

Hiasan
1 biji putih telur - untuk glis
50 gm kelapa kering - untuk hiasan (QH warnakan dengan pewarna serbuk pink dan hijau)


Caranya
1. Ayak tepung ubi dan tepung gandum/redrose secara berasingan.
2. Pukul sebati mentega, gula, telur dan esen vanila.
3. Masukkan cornflake yang telah dikisar dan kelapa kering. Gaul sebati.
4. Kemudian masukkan tepung ubi dan tepung gandum/redrose sedikit demi sedikit. Gaul sebati hingga menjadi doh. (jika adunan masih lembut tambahkan lagi sukatan tepung)
5. Canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan yang disukai.
6. Sapu dengan putih telur dan taburkan kelapa kering di atasnya.
7. Susun di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
8. Jarakkan untuk biskut mengembang.
9. Bakar dalam ketuhar yang dipanaskan pada suhu 160C selama 15 - 20 minit atau hingga kuning keemasan.


5 comments

Gee® said...

QH...k.gee angkut resipinya dulu yer... TQ

Anonymous said...

sedap tak hehe, mesti mcm ala2 samperit sebab guna tepung ubi

kita ni tak rajin nak buat kukis tahun ni, tunjuk2 pun takde

ibh_sue said...

Alahai rajinnya... Kak sue pun copy resepinya ja dl. Hope ada la mood rajin tu nnti.

fazianbatrisyia said...

biskut kelapa pun sy minat...

Anonymous said...

I think the admin of this web site is genuinely working hard in favor of his site, as here every information is quality based data.