Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT ICE NESTUM



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Pertama sekali QH ingin melahirkan ucapan takziah buat waris2 penumpang dan anak2 kapal MH17 yang telah terkorban...Al Fatihah buat semua anak2 kapal dan penumpang2 yang beragama islam...semoga roh2 mereka akan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

Sedih...memang sedih bila dikhabarkan tentang nahas MH17 yang berlaku pada tengah malam Khamis minggu lepas...kes MH370 pon tak selesai lagi...sekali lagi kita dikejutkan dengan perkhabaran MH17 pula...QH pasti semua rakyat dan masyarakat dunia terkejut dan turut bersimpati dengan nasib anak2 kapal dan penumpang2 yang berada dalam pesawat tersebut...QH dan masyarakat dunia, malahan semua rakyat Malaysia terutamanya mengharapkan supaya penyiasatan terhadap kedua2 tragedi tersebut dipermudahkan dan dapat diselesaikan dengan sempurna...


#pray4mh17  #pray4mh370  #pray4gaza



Kali ni QH ingin berkongsi lagi satu koleksi biskut raya yang pastinya akan meletop pada musim raya kali ini...resepinya QH ambil dari salah seorang teman FB iaitu Kak Shima...terima kasih kak Shima sudi tag dan berkongsi resepi ni dengan QH...kalau di google resepinya rata2 lebih kurang sama saja...cuma QH mengolahnya mengikut citarasaku...hihihi...memang tak sahkan bab nak merosakkan resepi orang...hehehe...maaf ye buat empunya resepi...

Apa yang specialnya tentang biskut ni sebab ada meringue di atasnya...sekali tengok dah macam macaron pula meringue tu...kemain mengebu serta berkaki lagi tu...cuba kalau buat macaron tak berkaki pon...malu gamaknya...hehehe...walaupun ada meringue kat atas tu...jangan risau, biskut ni tidak manis pon...seimbang dengan biskut kat bawah tu...meletop2 dan meringue tu akan cair dimulut...kalau kreatif boleh la corakkan meringue tu dengan corak2 yang lebih cun melecun...hihihi...sebelum lupa...biskut ni tidak mengembang...macam mana cetaknya begitu la bila siap dibakar...berminat dengan resepi ni...resepinya ada di bawah...selamat mencuba!!



BISKUT ICE NESTUM

Bahan2
250 gm mentega
90 gm gula halus (QH guna gula kastor)
1 biji kuning telur gred A
1 sudu makan vanila
100 gm nestum (dikisar)
300 gm tepung gandum (QH guna tepung Redrose)
25 gm serbuk koko (QH tambah)

Caranya
Pukul mentega dan gula sampai kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila Pukul sebati.
Masukkan tepung gandum/redrose dan nestum. Gaul sampai sebati.
Bentukkan menggunakan penerap bulat atau buat bebola dan leperkan sikit.
Atur di atas dulang pembakar yang digris. (QH mengunakan baking paper)


Topping 1
1 sudu makan Meringue Powder
1/4 cawan air sejuk
6 sudu makan gula icing
1 sudu makan tepung jagung
1 botol perisa cuppucino (utk hiasan)

Caranya
Pukul meringue powder dan air sehingga kembang.
Masukkan gula aising dan pukul kembang lagi.
Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga sebati.


Topping 2
50 ml putih telur (QH letak 150 ml)
150 gm icing sugar (QH letak 375 gm)
1 sudu besar tepung jagung (QH letak 2 1/2 sb)
QH asing 3 sudu kecil adunan dan warnakan dengan warna Teal dari Ameri

Caranya
Pukul putih telur sampai kembang.
Selepas itu masukkan icing sugar. Pukul sampai foamy. Masukkan tepung jagung. Pukul sampai kental, bila diangkat dengan sudu, adunan tak jatuh. (QH asing 3 sudu kecil dan warnakan dengan warna Teal-Ameri)

* tip: adunan toping hendaklah digandakan.


Cara penyediaan biskut ice nestum
Selepas biskut diterap menggunakan acuan, susun di atas loyang pembakar.
Pipingkan topping ke atas biskut menggunakan piping bag.
Coretkan cappucino paste (QH tak buat ini) ke atas topping mengikut corak anda sendiri. (QH ambil 3 sudu kecil adunan topping dan warnakan dengan warna Teal dan lorekkan menggunakan cake tester, kalau tiada boleh guna pencungkil gigi atau lidi)
Bakar 40 minit sehingga masak dengan suhu 130 celcius dgn menggunakan api atas dan bawah. (bergantung pada oven masing2, Shima guna 150C) (QH ikut Kak Shima)


8 comments

Rizziela said...

mernariknya..tp mcm step..mcm malas ajer :D

asyifamustaffa said...

Ye la..da mcm macaroon tgknya tu...

Kak Nita said...

Rajinnya QH ,kita ni banyak kuih tunjuk tahun ni ..

nampak menarik kuih tu..

Jenniffer said...

Very Pretty!

Rohah said...

cunnya biskut nih QH...Senang masuk mulut..

mai has said...

wah...ni mcm biskut mama carie tapi di beri nafas baru.nice!

Mummy Dina said...

comelnye..QH ni memang rajin la..semua biskut & kuih2 nye comel2 je sizenye..:)

Anonymous said...

Kak, cemana nk pastikan dia punya meringue melekat ngan base? Saya punya asyik tercabut jew. Huhu