Assalamualaikum dan salam sejahtera semua…
Jeng jeng…
Kembali bersiaran hari ni…minggu lepas QH sedikit sibuk…dengan
kursus lagi tu yang tak sempat nak ke udara…QH berkursus sekitar KL jer…balik
kursus pulak kepala pening2…mana tidaknya kalau dah berjemur kat tengah2 panas…macam2
kan…entah kursus apa la agaknya tu kan…nanti kalau rajin QH nk share kat sini…kalau
rajin yer…hehehe
Sekarang ni KL dilanda jerebu pula…dari semalam lagi…tapi pagi
ni keluar rumah…nampaknya jerebu tersebut makin teruk…kena guna face mask kalau
nak keluar…kalau tak rasa sesak nafas pulak dengan bau asapnya…kat KL jugak
beberapa hari ni…dah mula hujan setiap petang…itu pon sekejap2…bersyukur la kan…terasa
nikmatnya bila nampak air hujan membasahi bumi KL dan sekitarnya…
Untuk resepi hari ni QH kongsikan resepi yang simple je…memandangkan
ada beberapa tempat mengalami krisis airkan…setakat ni kawasan rumah QH…masih
takde gangguan lagi…Alhamdulillah…bila air dah dicatu ni…kerja2 rumah memang
tak selancar sebelum ni kan…nak memasak beriya2 sangat tak boleh…nak membasuh
pon sama…tau2 je la kalau dah membasuh ni banyak guna air…mandi pon begitu juga…kena
catu untuk menjimatkan penggunaan air dan macam2 lagi la…harap banyak2 bersabar
ye…pada kawan2 yang mengalami situasi catuan air ni…
Ok berbalik pada resepi…
Suka tak dengan Tortilla Ayam…sebelum berblog dulu…QH memang
rajin buat tortilla ayam ni…sebabnya senang, simple dan mengenyangkan…buat
macam ala2 KFC tu kan…dulu2 buat QH biase menggunakan pop corn chicken ayamas
tu…kali ni rajin kan..jadi ayamnya QH buat buat sendiri…bukan buat ayam ehh…ayam
gorengnya tu…menggunakan fillet ayam…tepungnya QH gunakan tepung goreng seri
aji yang dicampurkan bersama dengan cornflakes…memang rangup dan sedap…ayam tu
pula tak perlu digoreng terlalu garing…agak2 dah masak dan luarnya tu kuning
keemasan dah boleh angkat…tujuannya untuk mendapatkan isi ayam yang lembut…ibarat
garing diluar lembut di dalam…hehehe…sayangnya takde pula bukti tersebut…lupa
nak snap gambarnya…kalau nak cuba versi QH ni..resepi seperti di bawah tu yer…selamat
mencuba…
TORTILLA AYAM
Bahan A
8 keping fillet ayam
1 cawan cornflakes - dikisar
1 cawan tepung goreng Seri Aji
1 sudu kecil serbuk cili - boleh jika suka pedas
1 sudu besar sos seasoning Maggi
1 biji telur
Garam secukup rasa
Bahan B
Tortilla Wrap secukupnya
Tomato ceri
Lada benggala
Daun salad
Sos Thousand Island
Mayonis
Sos cili (jika suka)
Caranya
1. Ambil fillet ayam yang telah dibersihkan terlebih dahulu dan ratakan dengan garam secukupnya.
2. Masukkan pula serbuk cili dan sos seasoning. Ratakan dan perapkan selama 30 minit.
3. Selepas itu, masukkan telur dan ratakan. Ketepikan.
4. Dalam mangkuk yang lain, campurkan tepung goreng seri aji dan cornflakes yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
5. Panaskan minyak dalam kuali dalam gorengan terendam.
6. Ambil fillet ayam tadi dan salutkan dengan campuran tepung sehingga rata.
7. Goreng sehingga masak dan kuning keemasan. Jangan goreng terlalu garing untuk mengelakkan ayamnya terlalu kering nanti.
8. Angkat dan toskan.
Cara penyediaan tortilla ayam
1. Panaskan tortilla wrap dengan menggunakan pan tanpa minyak selama 2 minit. Angkat.
2. Susun salad, ayam, tomato dan lada benggala ke atas tortilla wrap tadi.
3. Picitkan sos thousand island dan mayonis. Tambahkan sos cili jika suka.
4. Lipat atau gulungkan tortilla dengan kemas dan padat.
5. Siap untuk dihidangkan.
Post a Comment